Friday 30 December 2011

Salam Jumaat semua. Alhamdulillah. Semalam aku dikejutkan dengan berita yang agak menggembirakan aku. Tengah bosan2 duk layan facebook tiba2 aku tergerak hati nak bukak eputra yang selalu update pasal kemasukan berkaitan education seperti MRSM, SMT, Universiti, Politeknik dan sewaktu dengan nya.  Maklum la, kalo ade internet ni aku bukak facebook je mende lain aku jarang bukak.


So sedang aku membelek2 page eputra tu, ade satu status tu die tanya pasal rayuan uthm sem II sesi 2011/2012 bagi program sarjana muda. Aku pun macam agak terkejut jugak la sebab result dah keluar. Dengan pantasnya aku terus bukak laman web die dan cek. Aku tak berharap sangat pun dapat, skali kat skrin tu die tulis TAHNIAH! Anda berjaya. Alhamdulillah.. Pertama kali aku apply utk uthm aku dapat jugak. Sebelum ni apply uitm je tapi takde rezeki.


Hari ni pun merupakan hari terakhir aku kat office. Sedih dan pilu rase nye untuk meninggalkan teamcoat. Ada sedikit jamuan dibuat tengah hari tadi dan yang special nye mak aku yang masak. Selalu nye order dekat kedai yang biasa dorang amik. Mak aku buat nasi tomato pedas punye.. Sedap woo. Bos duk puji melambung cakap mak aku boleh bukak kedai sebab masakan die sedap..  Ceewaahhh.. ingatkan puji mak aku je, aku pun die puji melambung. Cakap aku ni pekerja yang rajin dan ade komitmen.. caihh. bole percaya ke?..


Pape pun selamat maju jaya kepada semua warga teamcoat.. Terima kasih pada semua yang banyak mengajar aku sepanjang aku berkhidmat. Minta maaf kalo ade terkasar bahasa. * Dalam bilik meeting segan nak bagi ucapan. Takde idea kt kepala. HAHA


Amboi En.lizam sibuk nak amik gambo aku ngan bos. hoho. Bos kasi angpau tapi malang nye isi nye agak sedikit. Hampa!. Boleh tak cuba bersyukur sikit, ok la dari takde kan.. Terima kasih bos!

 Terima kasih cenderamata dari teamcoat. Pilihan kak hawa. Suke dompet kaler purple tuh.. Tenkiu!!


Wednesday 28 December 2011

Last day kerja

Assalammualaikum.. Agak lama aku tak update blog aku ni. Penuh dengan sarang labah-labah dan habuk blog aku ni * nipu je sebenarnye. Terkejut tak dengan tajuk kat atas tu?. Sebenarnya aku dah hantar notis berhenti kerja kat bos bulan lepas. So esok adalah hari terakhir aku bekerja. Sob3 T__T.  Esok jugak ade jamuan makan2 sempena perpisahan aku dengan company aku.. Sebab aku berhenti? Of course la aku nak menganggur tanam anggur kat rumah.



Meeting Sk putrajaya yang terakhir. Lepas ni tak dapat la nak jumpe en. mode bekas kumpulan ruffedge merangkap sebagai perunding arkitek projek ni.





Handing over note aku serahkan dekat atikah, budak politeknik aku jugak. Selamat bekerja ika~



Thursday 8 December 2011

Ombak Rindu Lagi?..

Selamat petang, Selamat Sore semua.. Hari ni aku di kejutkan dengan berita yang mak dan abah aku nak pergi tengok wayang cerita Ombak Rindu. Wah2.. nampak nye ombak rindu ni telah menambat hati parent aku untuk menonton kat panggung wayang. Cayalah Ombak rindu!!..

Ala.. sebenarnya parent aku nak tengok sebab abang aku nak belanja. HAHA.. Tapi aku rasa faktor filem tu jugak la.. Selalunya kalau ajak tengok wayang mesti mak aku cakap "beli cd dah la. tengok kt rumah" takpun "tengok kt astro first dah la". HAHA. Tapi hari ni aku macam terkejut sikit la. Nak pulak mak aku nak tengok wayang tengah2 malam. Aku mungkin taknak ikut sebab takde sape nak belanja aku, belanja diri sendiri. Lagipun aku dah tengok. Sedih filem ni. Mengalir air mata aku.. T__T


                                 Sediakan tisu sebelum hujan..hehe



Monday 5 December 2011

.Aku Lagi Bersedih.


Tiada apa yang perlu aku ungkapkan. Sekarang ni aku lagi bersedih bukan sebab cerita ombak rindu dan bukan sebab lagu sedih ezad lazim yang bertajuk percintaan ini tapi aku lagi bersedih sebab seseorang. 
Mungkin ini ujian dan dugaan dari yang Maha Esa.
Harap aku dapat jalani dengan tabah dan sabar.
InsyaAllah..

Monday 21 November 2011

Yess!! Malaysia Menang Pingat Emas.

Hari ini aku di dalam mood gembira atas sebab kemenangan malaysia menang pingat emas Sukan Sea 2011 semalam( Haa.. berlagak lagi indonesia. kan dah kalah). Serius!! Memang tekanan aku tengok perlawanan bola semalam. Sebab tu la salah satu kenapa aku tak minat tengok bola dulu. Semalam aku tengok dekat rumah. Senang nak lompat2 dan senang aku nak jerit2 kalau kt kedai segan sikit aku nk jerit2.. Nasib baik la still ada suara lagi hari ni.


Amboi.. Bahagia nya hampa.. Mesti lah gembira kan dapat pingat emas.. Congrats Malaysia!

Harimau Malaya Vs GARUda

Assalammualaikum.. Selamat petang rakan-rakan. Tinggal beberapa jam je lagi Malaysia akan berlawan dengan Indonesia bagi final Sukan Sea 2011. Bukan senang beb nak tengok aku bersemangat harimau ni. Malam ni aku nak duduk depan tv sambil makan biskut kering dengan teh panas dan terjerit2 tengok bola. Dan yang penting malam ni mesti aku pressure tengok perlawanan ni. Ayuh rakyat Malaysia , mari kita sama-sama mendoakan kejayaan malaysia yea..


                      0                                                 2                   
Boleh ke 0-2??... Hope sangat Malaysia dapat 2 or 1 pun da kira ok kan.
 




Tuesday 25 October 2011

Bila 3 Dara Pingitan Masuk Dapur

Assalammualaikum... Hai.. selamat menyambut hari depavali esok(bajet 1 malaysia konon).. Dah kata duduk kat negara malaysia yang berbilang kaum ni, mestilah kena 1 malaysia.kehkehkeh. Udah2. aku mau cerita tentang 3 dara pingitan ni masuk dapur. Dara2 yang terlibat adalah (Hamboihh..gerunnye ayat aku ) :-


1) Shazana Wahida iaitu aku sendiri
2) Dhieya agafera iaitu sepupu aku
3) Lidiana Nur izzati a.k.a lady gaga iaitu sepupu aku jgk.


Ok, pada hari sabtu lepas aku dan sepupu2 aku  ni lepak kat uma si lidiana ni. Tak plan pun nak memasak kt umah die, tapi masa tu perut masing2 berkeroncong la pulak. So secara tidak langsung kteorang pergi kedai beli tempe dan ikan bilis. Masing-masing akan masak 1 lauk. Kak yong (dhieya) akan masak sambal ikan bilis, aku akan masak tempe goreng kunyit campur dgn bawang goreng dan diana akan masak telur goreng (masakan yang paling simple sekali) itu je yang die tahu buat selebihnye die suke tidur.kehkehkeh.(jgn marah yea).


Meh aku selitkan gambar bersungguh2 mereka memasak.


Tengok bersungguh2 dorg blender cili untuk buat sambal ikan bilis. haha. nak blender pun kena 2 orang.

Tak habih2 nak pegang blender. haha. Blender je dah setengah jam. Itu lah anak dara memasak.



Untuk aku punye part, takde gambar sebab masing2 sibuk memasak menu masing2. Yang pasti gambar2 makanan yang dah siap dimasak tak sempat nak snap sebab semua dah kebuluq.. Tapi memasak ramai2 memang best walaupun lauk biasa2 jer.. 

Friday 21 October 2011

Line internet kembali sihat

Assalammmualaikum... Lama rasanya tak update blog semenjak line internet di office buat hal. Korang perasan tak, selepas je aku update blog hari ahad tu terus esok dah takde line. Pelik betul. Aku kan cakap yang aku online pakai line internet office je, tengok2 esok line takde. Adakah bos aku ada baca blog aku?(takde keje bos aku nak bace. Beliau kan busy dengan projek2 baru dapat ni.).

Dan akhirnya, hari ini line internet aku dah kembali pulih.. Yela, banyak jugak kerja-kerja aku ni memerlukan internet. Kalau takde internet susah nak buat kerja (padahal sibuk nak tengok status fesbuk boyfriend & kawan2.. poodaahhh!! kerja konon.)kahkahkah.. Dan bila internet sudah ada, kita seharusnya menjalankan tanggungjawab untuk mengupdate blog.. Sudah lama tak menjeguk blog sendiri. Sekarang boleh la tengok puas2 blog sendiri. Selamat mengonline wahai warga-warga teamcoat.

Saturday 15 October 2011

La la la.. Hari Ahad Kerja

Assalammualaikum.. Salam Petang Ahad.. Pelik bukan aku update blog hari ahad ? Yela, aku ni bukan nya ada berukband  broadband celcom or maxis or digi or broadband yang sewaktu dengan nya. Hanya tahu online menggunakan line di office itu adalah perlu, sebab tak perlu bayar tiap2 bulan hanya pakai free sahaja. Bagus kan? Sangat jimat kan? Itu adalah satu penyebab utama untuk aku potong line berukband broadband celcom aku yang agak lembap kalau online di tengah2 bukit di kawasan rumah aku. Hamboihh.. panjang betul mukadhimah aku ni. 


Sebenarnya aku nak bagi tahu korang yang aku sekarang ni TENGAH KERJA!!.. 
La la la
Hari hari kerja
La la la
Bosan dengan kerja
La la la
hidup harus kerja... kerja...
Ok, layan sebentar lagu jumpa pakcik hussien Meet Uncle Hussein. Nanti aku dah siap kerja, aku upate blog seterusnya. Tapi kasi siap kerja dulu aku taknak makan gaji rabun buta.


Wednesday 12 October 2011

Wordless Wednesday


Hari ini sakit perut yang teramat sangat, tapi still pergi site tengok najis2 yang tersumbat dalam sistem pembentungan.. Sadiskan?..


Wednesday 5 October 2011

Wordless Wednesday


                Lenguh-lenguh badan. Terasa mahu ke spa tapi duit takde.

Thursday 29 September 2011

Sandalku jadi santapan sang anjing

Salam Jumaat semua. Sadiskan baca tittle entry aku kat atas tuu.. Begini kisah nye, aku ada kasut favorite untuk pakai pergi kerja. Kebetulan hari selasa lepas,dalam kelam kabut bersiap2 nak pergi kerja tiba2 sebelah kasut aku tu hilang dari pandangan aku (cehh..ayat nak sastera). Kat dalam kepala otak aku ni duk fikir mesti adik bongsu aku tu yang buang sebelah.Yela, aku ni selalu sangat gaduh2 ngan die pastu die geram dengan aku terus die buang kasut aku tu. Terasa geram pun ade. Tapi aku tak boleh la tuduh melulu. Aku biarkan kasut tu hilang dengan misteri nusantara..(jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri)

Akhirnya misteri tersebut telah terbongkar, dengan perbualan aku bersama abah aku :-

Abah : Hang nak tahu tak, kasut hang tu kena makan dengan anjing.
Aku : Haa?.. kena makan ngan anjing? (gila ke ape anjing tu, tak bau kaki ke?. nampak sangat kaki aku bau tulang). Mcm mana abah tahu anjing yang makan (tak puas hati lagi)
Abah: Kasut sekolah afif (adik bongsu) kena makan jugak petang tadi. Abah pergi round kt depan rumah kita
Aku : (Hek eleh.. gila pelahap anjing ni.) Macam mana la die boleh masuk.
Abah : Pagar tu kan ada ruang. anjing tu masuk ikut situ la. Nanti kasut hang simpan dalam almari. jangan simpan kt luaq..
Aku : (redha. Tamat lah riwayat kau sandal)..


Sandal macam ni pun selera nak makan. Pelik betul.




p/s : Aku pegang sandal ni pakai plastik yea. Sandal ini telah di humban ke dalam tong sampah. Arap Maklum.

Tuesday 27 September 2011

Wordless Wednesday

                          Rindukan mereka. Rindu nak belajar semula.

Thursday 22 September 2011

Pejabat terbuka

Salam Syawal ke 25....

Kecik je kan engineer aku ni. Kehkehkeh

Terkejut tengok baju sama? Ini baju sponsor dari Teamcoat Engineering. Hari ini merupakan hari pejabat terbuka office aku. Mood untuk bekerja langsung takde hari ni. Kat dalam kepala otak ni duk pikir makanan je. Naik office just nak update blog lepas dah update baru turun bawah untuk makan. Bagus bukan berperangai macam tu?..  Ok la, mau turun makan. Sate dah panggil tu.. Lapar.Lapar.Lapar.


p/s : Terima kasih kepada Hidayah Ismail kerana sanggup pergi ke bangunan sebelah untuk memperbetulkan line internet yang agak lembap dari semalam.

Fenomena Cerita Korea


Assalammualaikum....Pagi tadi waktu aku otw ke office, aku dengar siaran hotfm. Topik yang dorang citer pada pagi tadi adalah fenomena hiburan Korea di malaysia. Pelbagai Komen yang aku dengar ada yang positif dan ada yang negatif. Kadang2 betul jugak ape yang pendengar2 cakap. Tapi pada pandangan aku lah kan, aku tak kisah kalau orang malaysia ni taksub sangat dengan korea tapi aku akan tabik spring pada orang yang faham bahasa korea, tak ke bangga mak jemah oii anak kau pandai cakap bahasa korea. "Kamsahamnida" bermaksud terima kasih kot. Betul ke?. Tak kisahlah..

 Panjang bebenor mukhadimah aku..Ok, sebenarnya entry aku  hari ini, aku nak citer kisah drama korea yang ada kt channel 8. Aku bukan lah seorang peminat setia korea dan aku bukan lah jenis yang suka bercerita 24 jam tentang korea tapi ada satu drama korea ni dah buat aku jatuh cinta untuk tengok.. Tajuk nye Bread, Love And dreams.  

Memandangkan adik perempuan aku tu sangat taksub dengan korea, jadi dia pun gembira la sebab 1 family aku tengok citer tu termasuk lah abang aku yang selalu kutuk budak2 malaysia yang taksub sangat dengan k-pop2 bagai ni. Ayat die yang tak boleh terima " Apahal aku boleh tertengok citer ni". haha. Sampai camtu skali. Tapi citer die memang menarik. Drama ini mengisahkan tentang Roti, Cinta dan Impian sama seperti tajuk entry aku di atas. Kisah nye panjang nak citer kena tengok sendiri tapi hari ni last episod citer tu. Siapa2 yang tak sempat tengok, korg boleh beli Cd die tak pun korang nak jimat korang tangok kt maduu. Citer ni best tak rugi punye. Selamat menonton episod akhir.



 Ohh.. Kim Tak Guu walaupun kau tak hensem macam Lee min ho tapi lakonan kau tetap menjadi pujaan hatiku..

Tuesday 20 September 2011

Assalammualaikum wahai rakan2 sekalian.. Alhamdulilllah akhirnya sempat jugak aku curi masa untuk update blog aku ni. Agak lama jugaklah aku tak menjenguk blog ni. Kerja2 kt office sudah menimbun, banyak jugak la kerja-kerja yang pending tapi aku cuba  berlagak cool, konon nye tak banyak kerja tapi tapi tapi kerja banyak la.Sob3.. T__T

Lupakan sejenak pasal kerja, aku nak beralih arah untuk bercerita tentang raya. Raya kan sebulan mak jemah oii..Jadi aku nak cerita kisah aku dan  rakan2 aku beraya pada minggu lepas. Of course la ramai yang buat open house pada hujung minggu yang lepas, al maklum la cuti kn 3 hari berturut2. Tapi company aku hari sabtu kerja. Kalau boleh company aku tu hari2 nak kerja. Eh, tadi aku suruh lupakan kisah kerja kn? apahal aku cerita lagi? haha.. Sorry yea mak jemah oii... Ok2, sambung balik kisah berhari raya bersama2 teman tersayang.

Rumah pertama : Cik Liena Rani
Menu : Nasi dagang + Mee kari + Cocktail + Karamel
 Perjalanan ke rumah cik lina mengambil masa selama 1jam setengah. Setelah sampai, ternyata kami la orang pertama yang datang awal. Sebab lina belum hidang lagi menu2 yang dinyatakan di atas. Aku sempat menjamah nasi dagang je..

Rumah Kedua : Cik Eintan liana
Menu : Soto pedas + bergedil
Selepas balik dari rumah lina, destinasi seterusnya adalah rumah eintan, mak dia buat bihun soto. Pehhh.. sedap & pedas soto mak dia buat. Puas aku makan soto pedas dari mak eintan.

Rumah ketiga : Jeng jeng jeng.. rumah aku.
Menu : bihun goreng je.
walaupun aku tak sempat nak makan bihun buatan mak aku sendiri tapi aku rase bihun dia betul2 ummphhh.. So kena la blaja memasak dengan mak sendiri..

Rumah keempat (terakhir) : Cik Amalina
Menu : Laksa Lemak pakai tangan.
Selepas beraya kt rumah aku, destinasi seterusnya adalah rumah cik amalina. Mak dia buat laksa lemak. Eintan suka la laksa lemak, kalau kt poli dulu dia selalu merengek nak laksa lemak. hehe. Akhirnya termakbul jugak die nak makan laksa lemak. Ok, yang unik nye makan laksa ni kita kena makan pakai tangan bukan pakai sudu&garfu sebab mak are2 (amalina) cakap rahsia kesedapan laksa tu adalah dari tangan kita sendiri. Percaya tak? Sekali memang betul la. Rasa air tangan aku memang sedap. haha.

Macam biasa, aku akan sajikan korang dengan gambar2 sekitar aku beraya hari tu. Nak aku sajikan makanan?? datang rumah aku yea.

 Utk pengetahuan korg, eintan & lina bawak Bf dorg masing2. Aku dan are2 je single. So kteorg couple pada  hari itu.. Boley are2? haha.

 Nasib baik ade are2, kalau tak aku tak boleh berjalan raya, al maklum la, aku ni takde kereta. nak bawak manual pun tak berapa nak cekap. So tumpang orang jela.. T__T


Makan Laksa lemak pakai tangan ternyata memang sedap. Sedap jugak air tangan aku sebenarnya. Muahaha

Wednesday 7 September 2011

Salam Aidilfitri

Assalammualaikum... Rasanya dah berminggu-minggu aku tak update blog. Ini semua penangan lagu raya lenggang mak limah. Disebabkan lagu tu lah aku ketandusan idea untuk update blog. Melampau betul, padahal aku memang takde idea pun nak update blog ni nak salahkan lagu mak limah plak.

Pasti sekarang ni semua  blogger2 sedang update blog pasal raya kan2?.. Actually aku sebenarnya nak la jugak update pasal raya ni, tapi takde kisah2 menarik untuk di cerita tapi apa yang penting aku dapat jumpa sanak saudara, rakan dan taulan kat kampung halaman aku. Macam biasa lah tiap2 tahun aku mesti balik ke kedah. Syiookk woo balik sana sebab suasana kat sana aman damai sesuai dengan namanya iaitu Kedah Darul Aman. Sapa-sapa yang tak penah p sana, hampa cubalah try. Serius best.

Masih belum terlambatkan untuk aku ucap Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf & Zahir. Jemputlah datang beraya ke rumah..


Friday 19 August 2011

Ramadhan yang ke- 20



( Hai lenggang sayang )
Lenggang lengggok Mak Limah jalan berlenggang
( Hai lenggang sayang )
Menyambut tiba hari raya menghias rumah
( Mak Limah sayang )

Ramai tamu Mak Limah datang ke rumah
( Mak Limah sayang )
Ketupat rendang kuih-muih sama dihidang
( Hai lenggang sayang )

Sungguh lawa Mak Limah pandai menghias diri
Sayang sedikit Mak Limah tak ada gigi
( Mak Limah sayang )

Hari raya Mak Limah tak lupa zakat fitrah
Mohon doa moga-moga panjang usia
( Mak Limah sayang )



Ok, korang jangan terkejut ini adalah lirik lagu raya halil chik feat trio manja yang aku pun tak kenal siapa penyanyi ini. Lagu ini merupakan lagu raya yang paling aku tak suka. Aku tak tahu lagu ni ada kena mengena dengan raya atau tidak. Maybe ada kaitan dengan hantu kak limah balik rumah. Saja nak letak sebagai mukhadimah untuk entry kali ini. 
Sebenarnya aku pun tak tahu nak citer apa lepas  telinga aku ni terngiang-ngiang lagu raya di atas. Membuatkan diri aku tidak ada idea untuk update blog.  Selamat berpusa semua. Sekian

                Jangan lupa yea bayar zakat fitrah kak limah. hehe


p/s : Selamat hari jadi kepada adik aku Muhammad Afif Amzar yg ke 10 tahun.  Semoga cepat gemuk!.





Wednesday 17 August 2011

Assalammualaikum wahai kawan-kawanku sekalian. Hari ni dah masuk 17 hari kita menunaikan ibadah puasa. Hanya tinggal 13 hari lagi aidilfitri bakal menjelma. Hati aku dah tak sabar-sabar nak pulang ke kampung halaman untuk menikmati keindahan padi yang menghijau di keliling kampung aku. Nak jumpa sanak saudara, sepupu sepapat aku yang kuat mengumpat, anak2 sedara yang comel-comel belaka macam aku. Serius! memang teruja.

Sebenarnya aku nak update blog aku pasal berbuka puasa bersama-sama kawan sekolah aku. Kteorang memang tak plan pun nak buka sama2 minggu ni, kebetulan kawan2 aku ni semua kerja kat bangunan yang sama, kerja kerajaan pulak tuu (jeles aku). Jadi kteorg plan berbuka kat gombak prima. Dekat Rodeo Stick House. Nak try makan western2 sebab aku dah lame ngidam nak makan chicken chop nyum2.

Akhirnya dapat jugak aku makan chicken chop. Ingatkan tak cukup, rupa2 nye terlebih cukup. Masing2 tamak je nak makan bagi habis, bila lepas berbuka je, makan separuh semua dah kenyang (haa..tu la tamak sangat. haha) Kebetulan rezeki kteorg, ade abang waitress tu siap belanja mushroom lagi. Terima kasih abang waitress!. Nanti kteorg datang lagi jangan lupa belanja. Macam biasa aku nak selitkan gambar2 sewaktu berbuka.

                                      haa.. inilah cik nabila. muka dah tak tahan nak berbuke


             Ini pulak cik naja. single lagi. sape2 nak kenal leh email aku. promote2.hihi



Ini cik nora yusalrina bukan nora elena yea. nak kenal? dah ade Bf kot.


                                  nyumi... terliur kot tengok chicken chop

Wednesday 10 August 2011

Sakit menghapuskan dosa-dosa kecil

Assalammualaikum..Selamat pagi..Hello..Hai ...


Agak lama jugak aku tak update blog.. Minggu ni, minggu yang paling busy bagi aku sebab duk buat claim je. Ulang alik ke putrajaya untuk mendapatkan duit. Sungguh! memang teramat penat. Harap2 claim yang aku buat tu dapat la diterima tanpa sebarang masalah.. 

Sebenarnya aku kurang sihat minggu ni. Selesema dan sakit2 sendi telah membuatkan aku malas nak berkerja. Sekarang ni pun masih menyedut2 mukus di dalam hidung takut meleleh2 nanti (eeeuuuwwww.. Jangan telan sudah.batal puasa nanti). Tengok staff2 kt sini pun kurang sihat, ada yang demam la, ada yang pening2 sebab pregnant la, pastu ade yang sesunggut (sengugut lah..Haa. yang tu leh la p makan ke minum ke time lunch nanti.)

Semalam jugak lah aku pergi klinik panel untuk ambil ubat selesema dan sakit sendi2 tulang (hamboih..da macam orang tua dah gaya nye). Alhamdulillah, walaupun aku sakit, aku masih berpuasa penuh.. Sakit ni menghapuskan dosa2 kecil, betul tak?.



Memang mengantuk gila la telan ubat ni. Aku letak kepala je kt bantal terus terlelap. 


Hadis Rasulullah SAW :
" Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosa seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya"  (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Friday 5 August 2011

Hand phone = Walkie Talkie

Assalammualaikum... jawab jangan tak jawab. tak jawab berdosa...

Hari ini dah masuk 5 hari ibadah puasa yang telah kita laksanakan. Alhamdulillah masih berpuasa penuh lagi.. Ok, entry kali ni, aku nak meluahkan rase sedih dan kesal terhadap handphone yang aku beli pada tahun lepas. Handphone yang berjenama Sony Ericsson j20i yang sering aku sanjung2 berbanding handphone LG yang hanya ada FM Radio, ternyata handphone LG lah yang paling banyak berjasa. Sebab handphone sony ni sound dia dah rosak. Bila orang call je mesti kena bukak loudspeaker, kalau tak memang tak dengar la even telinga korg dah korek pagi tadi ke semalam ke tetap tak dengar.

Sebenarnya aku rasa tak puas hati terhadap handphone aku ni sebab ade kes yang terjadi pada pagi tadi. Begini kisahnya.

Situasi 1 : Submission ke mps

Aku : Assalammmualaikum encik, saya nak buat  submission berkenaan rumah dato nasir.
Encik A : ok. saya nak cek dokumen-dokumen yang ada ni.
Aku : Nah encik ( sambil menghulur kt encik A)
Encik A : Ada ejaan yang salah nie.
Aku : ejaan apa yea yang salah ?
Encik A : Ni haa.. persiaran jadi persiatan.
Aku : *(Aduyai.. macam mane leh salah taip ni. )
Encik A : Cik ni nama sape?
Aku : wahida.
Encik A : kenapa nama tak sama dengan surat perwakilan ni.? kita tak boleh nak proceed ni.
Aku : *(bengang tahap cipan).
Aku : Tak boleh ke nak proceed sebab dah 2 3 kali dah saya datang nak submit nie.
Encik A : tak boleh nie. minta la orang office u faks kan ataupun u mintak wakil yang tertulis ni datang.
Aku : *(hekelehh... kecoh betul.terus call office sambil berlari2 ke belakang pintu sebab nak bercakap guna     walkie talkie (hp sony). kemudian pergi semula ke tempat encik A)
Encik A : macam mana?
Aku : takpe la. saya datang balik petang ni.. saya submit petang ni.* muke bengis..(ade panggilan lagi dr office) * (aduyai.. apsal call lg. hp ni dah la kne loudspeaker .lari lagi ke belakang pintu).
Encik A : *(apehal minah ni gelabah je. Nak ckp ngan hp pun kne ke lari kt belakang pintu) * maybe dlm hati die mst ckp camtu.
Aku : Takpe la encik saya submit balik ptg ni. Ada pape lagi tak?
Encik A : macam nie, awak jangan la gelabah2. apa kate awak buang nama wakil ni dan tulis nama awak. kang senang. takyah la awak nak gelabah2.
Aku : *(tadi cakap lain. suh faks la ape la. haishh)..
Aku : Haa.. yela.. saya tukar letak nama saya. * (tadi taknak ckp awal2.)
Encik A : haa.. kan senang keje. Rileks je. takyah gelabah2.
Aku : * (brape kali nak sebut gelabah.. haiyaa.. gelabah betul.)

>  *( ) = bercakap dalam hati

So, kesimpulan yang aku rase la kan, mesti die ingat aku ni gelabah ke hulur hilir kt belakang pintu sebab tak boleh nak submit dokumen tu( peduli ape aku kalau tak boleh submit pun). Pada hal aku gelabah sebab hp tu kne loudspeaker kalau bercakap. Takut angkat kt depan dia kang ter mengumpat sal dia tak pasal2 batal puasa. haha. Bagus jugak dengan ada nye walkie talkie ni memudahkan kerja aku.. Pape pun aku tetap nak jual hp tu..

              Selamat tinggal walkie talkie.. *sila abaikan wallpaper di handphone tersebut.

Thursday 4 August 2011

" Saya Mau Join Bloglist Cik Ross "

 Selamat Petang semua.. Memandangkan aku ni baru nak berblogger, so aku nak join " Saya Mau Join Bloglist Cik Ross ". Nak menambahkan follower2. Terima kasih kepada Kak Mas sebab tag aku. Yela, aku selalu tanya dia macam mana nak ramaikan follower.. 




Seperti yang diminta, aku dah letak banner dan tak perlu entry yang panjang2 sebab aku dah takde idea.
Ok. Sekian..

Tuesday 2 August 2011

Shopping Mopping Di Jalan Tunku Abdul Rahman



Selamat Tengah hari.. Sekarang azan sedang berkumandang di kawasan office aku menunjukkan waktu zohor telahpun masuk.. Bukan azan waktu maghrib.. Sabar wahida, sabar....Ada lagi 7 jam untuk kita berbuka.. Perut sudah berkeroncong lagu keroncong untuk ana nyanyian dari  M. nasir bukan Dato Nasir merangkap bos aku. haha. Bos aku tak reti menyanyi tapi dia reti bekerja tak kira masa. 

Ok, lupakan segala hal Dato nasir or M.nasir. Sekarang ni aku nak cerita kisah aku dan cik Eintan ber shopping mopping di jalan TAR pada hari sabtu yang lepas. Lepas baca blog cik eintan ni baru aku teringat yang aku nak update jugak pasal Jalan TAR ni.. Hadui... aku tak pernah tengok orang seramai kat jalan TAR. Serius! Ramai sangat2 dan aku agak terkedu melihat KUALA LUMPUR . Memandangkan Sogo ada buat sale, so KL pun penuh dengan manusia-manusia yang agak boros ketika itu (tak termasuk aku, sebab aku tak masuk sogo. hehe) Kata nye ade seluar harga asalnya RM 200 boleh dpt RM 100.. Ala.. kalau da gemuk nak pakai seluar mahal tu pun dah tak boleh.. Kuikui.. Itu kalau aku la, sebab aku ni senang nak naik berat badan. Better beli seluar RM 40 hinggit.

Aku keluar dengan cik eintan pada tengah hari. Mula-mula aku ingat nak naik bas terus ke sogo tapi cik atika merangkap rakan sekerja aku pun nak p sogo, so dia pun cakap 'baik naik KTM je. lagi cepat sampai'.
Aku pun terpikir betul jugak ek, sebab kalau naik bas dah tentu-tentu aku tak dapat duduk sebab bas tu dah di conquer oleh mat-mat bangla serta indon-indon yang ada..

Dalam 40 minit jugak la perjalanan aku nak sampai ke sana. akhirnya sampai jugak. Aku dah nampak kelibat  eintan yang kelaparan menunggu di tangga (sedih aku tengok dia). Sebelum nak shopping tu cik eintan bagi idea suruh makan dulu sebelum shopping, so aku pun tak kisah sebab dia dah lapar tahap dewa 19. hehe. kteorg pun amik keputusan untuk makan di A&W. Nak tahu apa yang terjadi? korang pernah tak berdiri selama 1 jam untuk beratur membeli makanan??.. Pernah? Haa.. ini la yang terjadi kat aku.. Dah la ada 2 kaunter je, 1 barisan ade dalam 20 orang( anggaran je). Beratur punya beratur akhirnya sampai jugak turn kteorang. Alhamdulillah..akhirnya dapat jugak kteorg order makanan. Betul orang cakap penantian itu satu penyeksaan.. Serius memang terseksa. 


Selepas dah makan-makan tu kteorg start shopping kt kedai BATA. Usha-usha kasut, takde yang terpahat di hati terus blah mencari kedai yang menjual baju kebaya. Sebab eintan nak beli baju kebaya. Baru je masuk satu kedai dia dah berkenan dengan baju kt kedai tu. Usha kat kedai lain jugak, tapi takde yg berkenan, berbalik ke kedai 1st yang kiteorg pergi tu. Dia pun dengan rakus nye pergi try baju tersebut kat fitting room. Then terus beli..Itu jela yang terjadi pada hari sabtu yang lepas. Disebabkan hari tersebut, kaki aku sekarang ni masih sakit-sakit sendi (dah macam orang tua nak sakit sendi bagai).. Sebelum tu aku nak selit kan sedikit gambar. Layann...



               Baca doa dulu. Jangan gelojoh..hehe. *sorry intan ,snap pic ni secara tidak sengaja

                                Makan bungkus je. kat dalam A&W tu takde meja yang kosong.

Salam Ramadhan

Assalammualaikum.. Hello semua, bagaimana puasa pada hari ni? ok ke? harap-harap ok la kan.. Setakat ni aku masih berpuasa penuh.. Berharap sangat tahun ni dapat puasa penuh..(boleh ke?) aku tak ingat tahun bila aku berpuasa penuh. haha.. 


Sebenarnya aku nak ucapkan Selamat menyambut  Ramadhan Al-mubarak. Semoga dengan datangnya bulan ini dapat menambah amal ibadat kita. Jangan lupa Reload Ibadah, Topup Amal dan kita delete dosa.. InsyaAllah...








Selamat berpuasa semua.. 


p/s : malam ni baru nak start sembahyang terawih.. huhu

Thursday 28 July 2011

Harimau Jantan vs Singapondan

Selamat pagi semua.. Pasti semua sedang berborak2 tentang bola kan?..Dan pasti ramai yang sedang mengupdate blog tentang bola kan? (termasuk la aku yang bersemangat bola ni) Bkn senang nak tengok aku ni bersemangat bola , serius susah kot!..Sampai aku sanggup membeli jersi harimau malaya. Semalam kan perlawanan di antara Malaysia dan Singapura pusingan kedua untuk kelayakan piala dunia 2014. 

Ternyata hasrat Harimau Malaya untuk menyertai piala dunia 2014 tidak dapat diteruskan memandangkan singapura menang 6-4. Tapi dorg menang sebab dorang banyak sangat buat aksi sakit, nyampah nyahh. Tapi takpe sebab aku rase harimau malaya dah memerah keringat dan berusaha semaksima mungkin (bagi akulah). Mungkin juga ketiadaan safiq rahim membuat pemain malaysia tidak begitu teratur. Pape pun aku tetap menyokong harimau malaya..Aku tabik kepada pemain-pemain malaysia... auuummmmm!!!





                                                    Kuning nye gigi harimau ni... haha




                                              Muke redha je harimau nie.. sob3..T__T


p/s : yang pasti harimau sebenar tak reti bermain bola..

Wednesday 20 July 2011

Ketika cinta Bertasbih

Assalammualaikum...


Hari ini aku rileks sikit berbanding semalam. So dikesempatan ini, aku nak update blog pasal cerita Ketika Cinta Bertasbih kat  channel terbaru dari astro.Cerita ini bermula dari sebuah novel best seller karangan Habiburrahman El Shirazy yang berjudul sama Ketika Cinta BertasbihKemudian cerita ini di adaptasi menjadi sebuah filem iaitu ketika cinta bertasbih 1 yang mendapat kutipan jumlah penonton sebanyak 3 juta, selepas tu keluar pulaketika cinta bertasbih 2. Kisah cerita ini disambung lagi dalam drama yang di siarkan di channel bintang. Cerita dia sangat best dan bercirikan islamik. 

Sinopsis 
Filem yang menceritakan kehidupan tokoh utamanya Khairul Azzam, seorang mahasiswa Indonesia yang sedang menuntut ilmu di Al-Azhar University, Kairo. Cerita yang boleh menjadi inspirasi bagi kita, ketika melihat bagaimana kerja keras sang tokoh  Khaerul Azzam ( Kholidi asadil alam) yang menuntut ilmu selama 9 tahun di Al-Azhar University, Kairo  berjuang untuk menyara ibu dan adik-adiknya di kampung. Cerita yang juga boleh menyentuh perasaan kita, ketika melihat usaha dan perjuangan Khairul Azzam dalam menemukan jodohnya dengan tetap selalu teguh berpedoman kepada ajaran agama. Kisah selanjutnya boleh tengok dekat channel bintang (nampaknya mak aku mesti nak langgan pakej terbaru ni..Aku layan jer..hehe )






Ketika Cinta Bertasbih” ini dilakon oleh Kholidi Asadil Alam, Oki Setiana Dewi, Alice Norin, Andi Arsyil Rahman, Meyda Safira, Deddy Mizwar, Ninik L. Karim, Didi Petet, Habiburrahman El Shirazy, Aspar Paturusi, Prof.dr. Din Syamsudin, Slamet Rahardjo dan El Manik.


P/s : yang pasti aku lagi suke cerita ni berbanding ayat-ayat cinta.

Tuesday 19 July 2011

Jamuan Roti Canai & Spaggeti

Selamat tengah hari semua, walaupun hari ni aku sangat sibuk dengan kerja-kerja yang sangat banyak dan menimbun dan yg membebankan aku tapi aku still nak update jugak blog pasal title di atas. Pada hari sabtu yang lepas, aku dan bersama staff TC  buat makan2 sikit memandangkan aku telah berjanji dengan student praktikal yang aku akan belanje dorg roti canai kalau aku dapat gaji awal untuk gaji bulan 6 punye, kebetulan bos aku telah memberi cash cek kepada aku. Oleh itu, dengan hal tersebut aku diminta untuk belanja dorg.  

So aku ni seorang yang suke menunaikan janji tak kire apa pun yang berlaku..Ceehhh! betul ker?.. Takpe yang penting aku dah tunaikan janji aku untuk belanje dorg pada hari sabtu yang lepas. Bukan setakat roti canai je tapi ade spaggeti  yang dibuat khas dari  CIK ZIRA. Memang sedap la die punye spaggeti.. Tapi katenye die buat sikit je selebihnye mak die yang buat. hehe..Ditambah plak dengan biskut ala2 rokok yang berjenama MASTURA yang telah dibawa oleh CIK ANIS kite.. Papepun memang kenyang la hari sabtu hari tu.  Bersama ini aku lampirkan gambar2 tersebut (cehh..macam ayat nak bagi surat plak. hehe) 




Hidangan yang menyelerakan..nyummi~



Skuad2 junior je yang ade, skuad2 senior sibuk g meeting...hehe

                               

Friday 15 July 2011

Penyesalan yang tak sudah

Assalamualaikum kawan2  sekalian....


Hari ini aku mahu menyuarakan penyesalan yang tak sudah. Begini kisah nye, aku tak tahu bila datang nye mood aku ni nak smbung Degree. Maybe setelah mengetahui yang ramai rakan2 aku yang dapat sambung blaja di UTHM, UTM, UUM dan U yang sewaktu dengan nya. Dan aku sangat2 happy yang dorg dapat sambung blaja dlm bidang yg dorg nak.. Tahniah yea kawan2, aku doakan korg berjaya. Jangan lupe doakan kejayaan aku jgk. hehe.


Pape pun selamat belajar. Jangan tension2.. Kalo tension call aku kompem korg tak tension. Selepas ni aku nak apply la U, aku tak nak kene bahan ngan org ofis terutama nye Kak Mas suke sangat cakap PADAN MUKE kt aku. Yela, mmg padan muke pun sbb taknak apply awal2. Nyesal tak sudah... :'(





Wednesday 13 July 2011

MARAH!!!!!



Hari ini aku nak update blog pasal marah.. Aku tengah marah nie taw tak!!?.. Geram x Geram x Geram x Geram x Geram = Geram Kuasa 1 juta. Okeh.!! sebenarnye aku tengah bengang dengan seseorang ni. Tak boleh la nak bagitaw nama die sape. Yela, asal aku buat keje je ade je tak puas hati, nie x betul la, ni salah la. padahal benda yg aku buat tu sangat betul dan aku yakin benda yg aku buat tu betul (jangan sampai aku nyanyi lagu biar betul). Kalo die rase bende yg aku buat tu tak betul, buat la sendiri kalo nak betul.. Betul2 buat aku marah. Betul2 buat aku geram. Kesimpulannye semua betul2 lah... 

Monday 4 July 2011

Terharu..

Selamat malam....

Wahh... macam 1st time je aku update blog time malam Ni pun broadband adik sepupu aku punya. die suruh aku pinjam broadband die katanye taknak membazir sebab laptop die tengah baiki. So aku tanpa segan silu nya meminjam. Hehe (muka taktahu malu btul).

Berbalik pada tajuk asal di atas, pagi tadi aku macam biasa datang ke opis. tibe2 aku teringat yang praktikal degree last day hari sabtu hari tu, so rase macam tak berapa semangat la sebab dorg dah takde, lagi2 kak anis pagi2 mesti die akan kemas kn meja aku yang berselerak tu. Tapi yang terkejutnye, kat meja aku tu ade satu kertas berwarna pink yang siap melekat kt meja aku. Kertas tu mengandungi tandatangan dan ucapan2 yang aku rase sangat kelakar tapi terharu.haha. 





haa...ini la yang melekat kt meja aku tuh. walaupun simple tapi penuh makne.Terharu...




yang paling lawak si shafiq punye ucapan. Gila guling2 aku bace. haha.


p/s : terima kasih yea korang. InsyaAllah jumpe lagi.. Gud luck!