Assalammualaikum wahai rakan2 sekalian.. Alhamdulilllah akhirnya sempat jugak aku curi masa untuk update blog aku ni. Agak lama jugaklah aku tak menjenguk blog ni. Kerja2 kt office sudah menimbun, banyak jugak la kerja-kerja yang pending tapi aku cuba berlagak cool, konon nye tak banyak kerja tapi tapi tapi kerja banyak la.Sob3.. T__T
Lupakan sejenak pasal kerja, aku nak beralih arah untuk bercerita tentang raya. Raya kan sebulan mak jemah oii..Jadi aku nak cerita kisah aku dan rakan2 aku beraya pada minggu lepas. Of course la ramai yang buat open house pada hujung minggu yang lepas, al maklum la cuti kn 3 hari berturut2. Tapi company aku hari sabtu kerja. Kalau boleh company aku tu hari2 nak kerja. Eh, tadi aku suruh lupakan kisah kerja kn? apahal aku cerita lagi? haha.. Sorry yea mak jemah oii... Ok2, sambung balik kisah berhari raya bersama2 teman tersayang.
Rumah pertama : Cik Liena Rani
Menu : Nasi dagang + Mee kari + Cocktail + Karamel
Perjalanan ke rumah cik lina mengambil masa selama 1jam setengah. Setelah sampai, ternyata kami la orang pertama yang datang awal. Sebab lina belum hidang lagi menu2 yang dinyatakan di atas. Aku sempat menjamah nasi dagang je..
Rumah Kedua : Cik Eintan liana
Menu : Soto pedas + bergedil
Selepas balik dari rumah lina, destinasi seterusnya adalah rumah eintan, mak dia buat bihun soto. Pehhh.. sedap & pedas soto mak dia buat. Puas aku makan soto pedas dari mak eintan.
Rumah ketiga : Jeng jeng jeng.. rumah aku.
Menu : bihun goreng je.
walaupun aku tak sempat nak makan bihun buatan mak aku sendiri tapi aku rase bihun dia betul2 ummphhh.. So kena la blaja memasak dengan mak sendiri..
Rumah keempat (terakhir) : Cik Amalina
Menu : Laksa Lemak pakai tangan.
Selepas beraya kt rumah aku, destinasi seterusnya adalah rumah cik amalina. Mak dia buat laksa lemak. Eintan suka la laksa lemak, kalau kt poli dulu dia selalu merengek nak laksa lemak. hehe. Akhirnya termakbul jugak die nak makan laksa lemak. Ok, yang unik nye makan laksa ni kita kena makan pakai tangan bukan pakai sudu&garfu sebab mak are2 (amalina) cakap rahsia kesedapan laksa tu adalah dari tangan kita sendiri. Percaya tak? Sekali memang betul la. Rasa air tangan aku memang sedap. haha.
Macam biasa, aku akan sajikan korang dengan gambar2 sekitar aku beraya hari tu. Nak aku sajikan makanan?? datang rumah aku yea.
Utk pengetahuan korg, eintan & lina bawak Bf dorg masing2. Aku dan are2 je single. So kteorg couple pada hari itu.. Boley are2? haha.
Nasib baik ade are2, kalau tak aku tak boleh berjalan raya, al maklum la, aku ni takde kereta. nak bawak manual pun tak berapa nak cekap. So tumpang orang jela.. T__T
Makan Laksa lemak pakai tangan ternyata memang sedap. Sedap jugak air tangan aku sebenarnya. Muahaha
huhu...best kan?hehe
ReplyDeletebest. happy g raye ngn korang.. haha
ReplyDelete