Thursday, 22 September 2011

Fenomena Cerita Korea


Assalammualaikum....Pagi tadi waktu aku otw ke office, aku dengar siaran hotfm. Topik yang dorang citer pada pagi tadi adalah fenomena hiburan Korea di malaysia. Pelbagai Komen yang aku dengar ada yang positif dan ada yang negatif. Kadang2 betul jugak ape yang pendengar2 cakap. Tapi pada pandangan aku lah kan, aku tak kisah kalau orang malaysia ni taksub sangat dengan korea tapi aku akan tabik spring pada orang yang faham bahasa korea, tak ke bangga mak jemah oii anak kau pandai cakap bahasa korea. "Kamsahamnida" bermaksud terima kasih kot. Betul ke?. Tak kisahlah..

 Panjang bebenor mukhadimah aku..Ok, sebenarnya entry aku  hari ini, aku nak citer kisah drama korea yang ada kt channel 8. Aku bukan lah seorang peminat setia korea dan aku bukan lah jenis yang suka bercerita 24 jam tentang korea tapi ada satu drama korea ni dah buat aku jatuh cinta untuk tengok.. Tajuk nye Bread, Love And dreams.  

Memandangkan adik perempuan aku tu sangat taksub dengan korea, jadi dia pun gembira la sebab 1 family aku tengok citer tu termasuk lah abang aku yang selalu kutuk budak2 malaysia yang taksub sangat dengan k-pop2 bagai ni. Ayat die yang tak boleh terima " Apahal aku boleh tertengok citer ni". haha. Sampai camtu skali. Tapi citer die memang menarik. Drama ini mengisahkan tentang Roti, Cinta dan Impian sama seperti tajuk entry aku di atas. Kisah nye panjang nak citer kena tengok sendiri tapi hari ni last episod citer tu. Siapa2 yang tak sempat tengok, korg boleh beli Cd die tak pun korang nak jimat korang tangok kt maduu. Citer ni best tak rugi punye. Selamat menonton episod akhir.



 Ohh.. Kim Tak Guu walaupun kau tak hensem macam Lee min ho tapi lakonan kau tetap menjadi pujaan hatiku..

4 comments:

  1. nak gang ngan raja k-pop office ke? hahaha

    ReplyDelete
  2. tak mau la. sy tak minat k-pop pun.. minat drama korea je..huhu

    ReplyDelete
  3. huhuhu.... tapi dah boleh gang la kan... teet!

    ReplyDelete
  4. hahaha! tanya je cter ape kt raja k-pop office. confirm dia ada semua haha. dah nama pun raja k-pop kann. :D

    ReplyDelete