Thursday 29 September 2011

Sandalku jadi santapan sang anjing

Salam Jumaat semua. Sadiskan baca tittle entry aku kat atas tuu.. Begini kisah nye, aku ada kasut favorite untuk pakai pergi kerja. Kebetulan hari selasa lepas,dalam kelam kabut bersiap2 nak pergi kerja tiba2 sebelah kasut aku tu hilang dari pandangan aku (cehh..ayat nak sastera). Kat dalam kepala otak aku ni duk fikir mesti adik bongsu aku tu yang buang sebelah.Yela, aku ni selalu sangat gaduh2 ngan die pastu die geram dengan aku terus die buang kasut aku tu. Terasa geram pun ade. Tapi aku tak boleh la tuduh melulu. Aku biarkan kasut tu hilang dengan misteri nusantara..(jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri)

Akhirnya misteri tersebut telah terbongkar, dengan perbualan aku bersama abah aku :-

Abah : Hang nak tahu tak, kasut hang tu kena makan dengan anjing.
Aku : Haa?.. kena makan ngan anjing? (gila ke ape anjing tu, tak bau kaki ke?. nampak sangat kaki aku bau tulang). Mcm mana abah tahu anjing yang makan (tak puas hati lagi)
Abah: Kasut sekolah afif (adik bongsu) kena makan jugak petang tadi. Abah pergi round kt depan rumah kita
Aku : (Hek eleh.. gila pelahap anjing ni.) Macam mana la die boleh masuk.
Abah : Pagar tu kan ada ruang. anjing tu masuk ikut situ la. Nanti kasut hang simpan dalam almari. jangan simpan kt luaq..
Aku : (redha. Tamat lah riwayat kau sandal)..


Sandal macam ni pun selera nak makan. Pelik betul.




p/s : Aku pegang sandal ni pakai plastik yea. Sandal ini telah di humban ke dalam tong sampah. Arap Maklum.

Tuesday 27 September 2011

Wordless Wednesday

                          Rindukan mereka. Rindu nak belajar semula.

Thursday 22 September 2011

Pejabat terbuka

Salam Syawal ke 25....

Kecik je kan engineer aku ni. Kehkehkeh

Terkejut tengok baju sama? Ini baju sponsor dari Teamcoat Engineering. Hari ini merupakan hari pejabat terbuka office aku. Mood untuk bekerja langsung takde hari ni. Kat dalam kepala otak ni duk pikir makanan je. Naik office just nak update blog lepas dah update baru turun bawah untuk makan. Bagus bukan berperangai macam tu?..  Ok la, mau turun makan. Sate dah panggil tu.. Lapar.Lapar.Lapar.


p/s : Terima kasih kepada Hidayah Ismail kerana sanggup pergi ke bangunan sebelah untuk memperbetulkan line internet yang agak lembap dari semalam.

Fenomena Cerita Korea


Assalammualaikum....Pagi tadi waktu aku otw ke office, aku dengar siaran hotfm. Topik yang dorang citer pada pagi tadi adalah fenomena hiburan Korea di malaysia. Pelbagai Komen yang aku dengar ada yang positif dan ada yang negatif. Kadang2 betul jugak ape yang pendengar2 cakap. Tapi pada pandangan aku lah kan, aku tak kisah kalau orang malaysia ni taksub sangat dengan korea tapi aku akan tabik spring pada orang yang faham bahasa korea, tak ke bangga mak jemah oii anak kau pandai cakap bahasa korea. "Kamsahamnida" bermaksud terima kasih kot. Betul ke?. Tak kisahlah..

 Panjang bebenor mukhadimah aku..Ok, sebenarnya entry aku  hari ini, aku nak citer kisah drama korea yang ada kt channel 8. Aku bukan lah seorang peminat setia korea dan aku bukan lah jenis yang suka bercerita 24 jam tentang korea tapi ada satu drama korea ni dah buat aku jatuh cinta untuk tengok.. Tajuk nye Bread, Love And dreams.  

Memandangkan adik perempuan aku tu sangat taksub dengan korea, jadi dia pun gembira la sebab 1 family aku tengok citer tu termasuk lah abang aku yang selalu kutuk budak2 malaysia yang taksub sangat dengan k-pop2 bagai ni. Ayat die yang tak boleh terima " Apahal aku boleh tertengok citer ni". haha. Sampai camtu skali. Tapi citer die memang menarik. Drama ini mengisahkan tentang Roti, Cinta dan Impian sama seperti tajuk entry aku di atas. Kisah nye panjang nak citer kena tengok sendiri tapi hari ni last episod citer tu. Siapa2 yang tak sempat tengok, korg boleh beli Cd die tak pun korang nak jimat korang tangok kt maduu. Citer ni best tak rugi punye. Selamat menonton episod akhir.



 Ohh.. Kim Tak Guu walaupun kau tak hensem macam Lee min ho tapi lakonan kau tetap menjadi pujaan hatiku..

Tuesday 20 September 2011

Assalammualaikum wahai rakan2 sekalian.. Alhamdulilllah akhirnya sempat jugak aku curi masa untuk update blog aku ni. Agak lama jugaklah aku tak menjenguk blog ni. Kerja2 kt office sudah menimbun, banyak jugak la kerja-kerja yang pending tapi aku cuba  berlagak cool, konon nye tak banyak kerja tapi tapi tapi kerja banyak la.Sob3.. T__T

Lupakan sejenak pasal kerja, aku nak beralih arah untuk bercerita tentang raya. Raya kan sebulan mak jemah oii..Jadi aku nak cerita kisah aku dan  rakan2 aku beraya pada minggu lepas. Of course la ramai yang buat open house pada hujung minggu yang lepas, al maklum la cuti kn 3 hari berturut2. Tapi company aku hari sabtu kerja. Kalau boleh company aku tu hari2 nak kerja. Eh, tadi aku suruh lupakan kisah kerja kn? apahal aku cerita lagi? haha.. Sorry yea mak jemah oii... Ok2, sambung balik kisah berhari raya bersama2 teman tersayang.

Rumah pertama : Cik Liena Rani
Menu : Nasi dagang + Mee kari + Cocktail + Karamel
 Perjalanan ke rumah cik lina mengambil masa selama 1jam setengah. Setelah sampai, ternyata kami la orang pertama yang datang awal. Sebab lina belum hidang lagi menu2 yang dinyatakan di atas. Aku sempat menjamah nasi dagang je..

Rumah Kedua : Cik Eintan liana
Menu : Soto pedas + bergedil
Selepas balik dari rumah lina, destinasi seterusnya adalah rumah eintan, mak dia buat bihun soto. Pehhh.. sedap & pedas soto mak dia buat. Puas aku makan soto pedas dari mak eintan.

Rumah ketiga : Jeng jeng jeng.. rumah aku.
Menu : bihun goreng je.
walaupun aku tak sempat nak makan bihun buatan mak aku sendiri tapi aku rase bihun dia betul2 ummphhh.. So kena la blaja memasak dengan mak sendiri..

Rumah keempat (terakhir) : Cik Amalina
Menu : Laksa Lemak pakai tangan.
Selepas beraya kt rumah aku, destinasi seterusnya adalah rumah cik amalina. Mak dia buat laksa lemak. Eintan suka la laksa lemak, kalau kt poli dulu dia selalu merengek nak laksa lemak. hehe. Akhirnya termakbul jugak die nak makan laksa lemak. Ok, yang unik nye makan laksa ni kita kena makan pakai tangan bukan pakai sudu&garfu sebab mak are2 (amalina) cakap rahsia kesedapan laksa tu adalah dari tangan kita sendiri. Percaya tak? Sekali memang betul la. Rasa air tangan aku memang sedap. haha.

Macam biasa, aku akan sajikan korang dengan gambar2 sekitar aku beraya hari tu. Nak aku sajikan makanan?? datang rumah aku yea.

 Utk pengetahuan korg, eintan & lina bawak Bf dorg masing2. Aku dan are2 je single. So kteorg couple pada  hari itu.. Boley are2? haha.

 Nasib baik ade are2, kalau tak aku tak boleh berjalan raya, al maklum la, aku ni takde kereta. nak bawak manual pun tak berapa nak cekap. So tumpang orang jela.. T__T


Makan Laksa lemak pakai tangan ternyata memang sedap. Sedap jugak air tangan aku sebenarnya. Muahaha

Wednesday 7 September 2011

Salam Aidilfitri

Assalammualaikum... Rasanya dah berminggu-minggu aku tak update blog. Ini semua penangan lagu raya lenggang mak limah. Disebabkan lagu tu lah aku ketandusan idea untuk update blog. Melampau betul, padahal aku memang takde idea pun nak update blog ni nak salahkan lagu mak limah plak.

Pasti sekarang ni semua  blogger2 sedang update blog pasal raya kan2?.. Actually aku sebenarnya nak la jugak update pasal raya ni, tapi takde kisah2 menarik untuk di cerita tapi apa yang penting aku dapat jumpa sanak saudara, rakan dan taulan kat kampung halaman aku. Macam biasa lah tiap2 tahun aku mesti balik ke kedah. Syiookk woo balik sana sebab suasana kat sana aman damai sesuai dengan namanya iaitu Kedah Darul Aman. Sapa-sapa yang tak penah p sana, hampa cubalah try. Serius best.

Masih belum terlambatkan untuk aku ucap Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf & Zahir. Jemputlah datang beraya ke rumah..