Friday 18 January 2013

Survey Camp Next Week

Assalammualaikum..

Seronok dapat berehat-rehat dekat rumah kan. Jumaat lepas last paper aku. Sem ni aku target result aku jatuh mendadak based on ape yang aku jawab ari tu. Macam budak tadika je aku jawab hari tu. Redha jela. Benda da lepaskan. Malas nak kenang balik. Lepas habis paper pergi bersuka ria dekat BP Mall je. Tu je pusat keseronokan yang ada kt Batu Pahat. Tu pun tak berapa nak seronok sebab tak dapat nak shopping barang-barang yang disukai. Faham-fahamlah dah hujung sem ni agak pokai sikit. 

Then sabtu terus bergegas balik KL dengan kawan aku. Next week aku kena pergi survey camp pulak. Baru nak bersenang-senang di rumah. Baru nak belajar memasak. Tapi kena pergi pulak survey camp kat Port Dickson. Bukan pergi bercuti yea tapi pergi buat kerja-kerja ukur tanah. So sekarang ni gigih mencari bahan-bahan yang sepatutnye untuk preparation kat sana nanti. Hope dapat ahli kumpulan yang rajin dan sekepala.