Monday 19 May 2014

Counting Days



Assalammualaikum & Selamat Petang.



Picture : sumber dari Facebook FYP @ PSM FKAAS 2013/2014

Dup Dap Dup Dap rasa bila presentation Final Year Project (fyp) semakin hampir. Ceewahhh.  Actually baru je minggu lepas submit 3 report utk setiap panel. Risau sebab tajuk project tak berapa nak clear. Quite difficult to understand. Terasa beban sikit nak present nanti. Tudiaa report FYP. Lebih daripada 2300. Maybe termasuk FYP1 & FYP 2.  Good Luck Everybody. Chaiyokk!!

Monday 14 April 2014

Trip Redang island Day 1




Assalammualaikum dan salam zohor. Nak throwback a.k.a lempaq balik kalau orang kedah cakap. Actually nak teghobackk pasal trip ke pulau redang. Pergi sana tujuan utama adalah bukan untuk bercuti sebenarnya. Tujuan utama kitaorang pergi sana nak belajar pasal coastal engineering atau dalam bahasa melayu nya adalah kejuruteraan pantai. Meh nak kongsi sikit apa itu coastal engineering. Ok, coastal engineering ni adalah salah satu bidang kejuruteraan yang diakui kompleks dan perlukan pengalaman dan pengetahuan yang mendalam dalam bidang menganalisa dan menyelesaikan sesuatu masalah. Sebagai contoh, projek-projek penambakan laut atau tebusguna laut seperti Pelabuhan sutera kota kinabalu, bandar hilir melaka, tanjung tokong pulau pinang. Selain tu, pembinaan struktur pemecah ombak di Cendering terengganu dan di Pengkalan Datu serta kuala kemasin kelantan adalah antara langkah2 pengstabilan pantai yang telah dibuat di Malaysia ( copypaste Je). 

Sampai -sampai je hari pertama kiteorg terus tukar baju buat kerja-kerja pengukuran pantai. Tujuan utama nak ukur pantai adalah kita nak tahu sama ada bila waktu high tide iaitu waktu air pasang setiap satu jam dan low tide iaitu waktu air surut. kebiasaannya high tide akan berlaku pada pukul 4.30 pagi dan kalau low tide akan berlaku pada tenghari.Setiap group kena bawa 6 pancang untuk benamkan kan kat dalam laut pada jarak 2m. Kerja-kerja pengukuran ni kita kena buat dalam 24jam. Serius memang seronok belajar coastal ni sebab boleh berjalan dan mandi laut. Dan yang paling penting sekali lecturer dia sangat-sangat sempoi. Meh nak letak picture kasi jeles sikit siapa yang belum pergi pulau redang. hee





Mood Vacation! Sunplay spf 130 tetap tak berkesan untuk kulit aku. Harap maklum.




Cantik sangat color air laut ni. Biru ala2 dekat maldives. ok tipu. Tapi jernih sangat air laut kat sini.




Subhanallah. cantik sungguh ciptaan Allah S.W.T




Masa ni dah sampai jeti nak ke tempat penginapan. Redang Mutiara Beach Resort. 





Semua duk pakat pakat nak beli topi ala2 pelancong tu. nak lindungi muka dari terkena cahaya matahari konon.


Half of my classmate. 



Before nak start buat kerja pengukuran haruslah bergambar dulu. 


Masing masing muka putih je hari pertama kat sini. 



Moh la kita buat kerja. 

Bagi yang tak reti berenang kena la pakai life jacket. 



Sempat je posing mereka mereka ni. 




Nak jugak posing atas batu. 





Macam biasalah kalau kat pantai mesti ada sesi ukir-ukir nama kat atas pasir lembap. ngeh3.
Ok. ni gambar penutup. last picture. WAE 











Tuesday 11 March 2014

Photoshoot with my girls generation


Macam poyo je kan title post ni. sebenarnya sekarang dalam keadaan yang agak serabut. Sebab memikirkan sem ni macam banyak benda nak kena buat. Especially Projek Sarjana Muda (Final Year Project). Ok, tajuk PSM aku ni agak susah sikit bagi aku sebab kena main dengan microalgae. Aku sendiri pun tak faham dengan tajuk PSM aku ni. Teruk tak?.. Tapi takpe. supervisor aku ni nampak macam demand tapi demand2 die hopefully laa membantu.

Sebenarnya bukan nak citer pasal PSM tapi nak tayang gambar sikit masa photoshoot dekat Pullman lake side putrajaya. Seriously sangat-sangat cantik tempat tu. Kat situ ramai orang buat photoshoot untuk wedding.




Merah Kuning lambang bendera selangor. 


View hotel pullman.






 Tadaaa.. Bila Gadis berbicara. Macam pengacara Primadonut kan? hehe. 




Ala-ala kat tepi pantai lagi.  Ade la juga view ala-ala kat pulau perhentian. Kan kan? 




View dekat stair ni pun cantik juga. 


Itu je gambar yang ada dekat Handphone. Nak copy banyak2 memory card tak cukup. Sadis. T__T

p/s : Missing MH370. keep praying! Pray for MH370.































































Sunday 2 March 2014


With wisdom We explore

Nak berjinak jinak balik blog ni.
dah bersawang - sawang dah
Menjinak blog bukan Menjinak ombak
huhu

Friday 18 January 2013

Survey Camp Next Week

Assalammualaikum..

Seronok dapat berehat-rehat dekat rumah kan. Jumaat lepas last paper aku. Sem ni aku target result aku jatuh mendadak based on ape yang aku jawab ari tu. Macam budak tadika je aku jawab hari tu. Redha jela. Benda da lepaskan. Malas nak kenang balik. Lepas habis paper pergi bersuka ria dekat BP Mall je. Tu je pusat keseronokan yang ada kt Batu Pahat. Tu pun tak berapa nak seronok sebab tak dapat nak shopping barang-barang yang disukai. Faham-fahamlah dah hujung sem ni agak pokai sikit. 

Then sabtu terus bergegas balik KL dengan kawan aku. Next week aku kena pergi survey camp pulak. Baru nak bersenang-senang di rumah. Baru nak belajar memasak. Tapi kena pergi pulak survey camp kat Port Dickson. Bukan pergi bercuti yea tapi pergi buat kerja-kerja ukur tanah. So sekarang ni gigih mencari bahan-bahan yang sepatutnye untuk preparation kat sana nanti. Hope dapat ahli kumpulan yang rajin dan sekepala.





Monday 31 December 2012

Selamat Tahun Baru :2013:



Assalammualaikum...

Hari ni gigih study geoteknik sebab ni 2nd paper untuk hari pertama final. Maksudnye 1st paper aku mathematic pada pukul 8 pagi, then petang pulak paper geoteknik. Pehhh.. masak2.. Dah La dua2 paper boleh dikatekan killer punye killer. Tapi redha je. Dah kata student kan.. Ni pun curi mase sikit bace blog and update blog sebab asyik mengadap buku je. Otak pun kenalah rehat jugak kan.

Actually, aku nak ucapkan Selamat tahun baru 2013. Sekejap je kan dah masuk tahun baru. Umur aku pun makin meningkat 1. Counting la sendiri umur aku berapa. hehe. Banyak kenangan pahit dan manis sepanjang aku lalui semasa tahun 2012. Awat sebut pahit dulu? Sebab pahit itulah yang banyak mengajar kita erti kesabaran dan ketabahan. Harap tahun 2013 ni bermulanya episod kehidupan yang baru bagi kita semua. Marilah kita sama-sama melakukan perubahan dan azam yang membangkitkan semangat juang untuk menjadi insan yang lebih baik di dunia mahupun di akhirat. InsyaAllah.. Jom sambung study balik. Geoteknik oh geoteknik.. Come to mama...


p/s :  Kepada member2 yang nak kahwin pada tahun 2013 ni, jgn lupa jemput ok.

Saturday 22 December 2012

Jungle Treking at Saujana Asahan Gunung Ledang

Assalammualaikum..

Udah lama bebenor aku tak update blog. Serius cakap 2 minggu lepas dan minggu ni sangat-sangat busy dengan projek. Waktu tidur jadi sangat terhad. Hanya tidur dalam 3 jam sahaja untuk mengelakkan kan kepala jadi ting tong ataupun pening ataupun mata jadi mata panda dan sebagainye lahh. Alhamdulillah, siap jugak kesemua projek,presentation, assignment, test dan kuiz.So hari ini hanya ada aktiviti koko yang aku rase aku takda function bila pergi ke sana. Ramai sangat junior nak masuk game, so bagi peluang kat dorang jela. Funtion aku pergi sana hanya untuk SMAP On9 je. Jadilah dari takde ape. 

Sebenarnya aku nak cerita sedikit pengalaman aku pergi treking di Saujana Asahan Gunung ledang minggu lepas. Aku pergi dalam 3 hari 2 malam.Aktiviti ini wajib untuk semua student yang amik koko treking utk sem ni. Tak pergi tak dapat A+, so nak A+ kena la pergi kan.. Aktiviti die memang best, cume yang tak best nye tidur tak cukup. Aku paling masalah kalau tidur tak cukup. Nanti kepala aku jadi ting tong dan mata aku kelihatan seperti mata panda, bab mata tu ok lagi. Yang paling tak tahannye kepala aku la , mesti jadi pening.  Tapi bukan aku sorang je tak cukup tidur, kawan-kawan yang lain pun sama jugak.

 First sampai pada hari jumaat tengah hari. Petang tu ade aktiviti ice breaking konon nye nak bagi kita ni tak rase segan-segan sangat   dengan kawan2 dr section lain. Yang paling best skali aktiviti Night Treking. Memang adventure gila.Memandangkan bulan 12 ni musim hujan, tanah semua jadi tanah lembik selembik-lembiknye. Seriously sepanjang aku hidup inilah aktiviti yang aku rase paling adventure yang pernah aku buat. Masuk hutan tengah malam, lepas tu jalan sangat-sangat curam dengan hanya berbekalkan torch light RM2.50 yang tak bape nak kualiti sangat, memang tak nampak jalan *dlm hati menyesal tak pinjam torch light roomate aku sbb die ahli kelab kembara. Tapi takpe, aku tetap tak cepat putus asa *chewaahhh. ayat nk poyo je. Disebabkan ada kawan2 aku dari depan dan belakang saling tolong menolong dan saling tarik menarik tangan antara satu sama lain *perempuan shj, hehe* so aku rase bersemangat sikit. Mula-mula rase down sangat sebab kat curam bukit tu aku hampir2 tergelincir. Tapi nasib baik la aku sempat paut pada akar kayu kat atas tu. Fuhhh.. lega. Aku dah tak kisah pacat dah. Nak naik kt kaki ke badan ke naik la, yang penting aku selamat. Aktiviti tu dalam 2 jam lebih. Memang lama. 

Esoknye aktiviti jungle survival dan 'flying fox'. Itu pun best jugak.Then malam ada aktiviti malam kebudayaan, section aku buat sketsa pasal legenda Puteri Gunung Ledang ala-ala kpop. Yang kelakarnye scene puteri gunung ledang tu hanya 10 saat je. Sebenarnye scene tu dah berterabur, jadi kesudahan cerita tu tergantung. 

Hari ahad pulak hari terakhir,  kiteorang buat aktiviti mendaki gunung ledang. Adventure jugak sebab nak kena mendaki dan menurun bukit. Macam biasa sesi tarik menarik tangan member mesti ade, then semua kena turun secara bergelongsor kat atas tanah. Pehh.. takyah g sunway lagoon dah. Dalam 30 minit kteorang dah sampai kt air terjun kt gunung ledang tu. Tak mandi pun just basuh tangan dan seluar. Lapas dah mendaki gunung ledang, kteorang bersiap2 kemas khemah untuk balik ke UTHM. Perjalanan dari melaka ke Batu pahat hanya 2 jam lebih. Naik2 bus je terus lentok sampai kt U. Lepas sampai je kt U, dengan tiba-tiba je perut aku berbunyi. Sebab sebelum balik tu aku hanya makan nasi tanpa lauk sebab lauk semua dah abis. Sadiskan. Then aku pun pergi beli wafer. 

Dialog aku bersama akak penjual wafer :-

Aku : Kak nak wafer 1*dekat kepala ni nak perisa coklat + peanut
Penjual Wafer : nak perisa ape?
Aku : Nak wafer + coklat
Penjual wafer: Hah? Perisa ape?
Aku : Wafer + coklat *akak ni tak dengar ke aku nak wafer + coklat.
Sue & nana : wae! perisa wafer + coklat mana ade.
Aku : Terus tersedar. Eh, silap kak. nak coklat + peanut.
Nana : sorry kak, kteorg semua ni tak cukup tidur, sebab tu die jadi macam tu.
Aku : *malu gila. Itu lah bila aku tak cukup tidur, kepala aku akan jadi ting tong dan nyanyuk.

Jom layan gambar. Sikit je gambar yang sempat aku snap.



Saujana Asahan Gunung Ledang. Snap dari dalam bus. * abaikan bayang-bayang tersebut. Hee


Chalet kat sini sangat tradisional.




Miza kecik, Arah Dan Aku. Nampak tak muka nervous nak naik "Flying Fox". Tapi best.




Sebelum mendaki gunung ledang harus bergambar dulu.





Trekking Section 5. " I say Hu, I say La. Section 5 laa"..