Selamat tengah hari semua....Diharap kalian semua dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.. Hari ini aku nak bercerita sedikit mengenai tajuk diatas. Ok, begini kisah nya, semalam aku telah mengajar adik bongsu aku yang berumur 10 tahun (muka matured macam budak tingkatan 1 ) . Katanye die lemah bahagi.. Caihh..die ingat aku ni terror ke matematik?. Padahal start dari form1 sampai la form 5 aku pakai kalkulator. Kalau nak suruh aku congak memang salah la..
So, masa aku mengajar adik aku ni, aku rase sangat2 tension sebab die langsung tak paham apa yang aku ajar. Memang kurang diajar betul. Yela, hidup die penuh dengan pelbagai game. Haa.. tu la padah nye. Asyik duk maen game je, al maklum la anak bongsu kan . Mintak apa je semua dapat (jeles betul aku). So aku pun mengajar dan terus mengajar sampai la die faham. Akhirnya die faham jgk sikit. Berbaloi la jugak aku tengking2 die, sampai mak aku ckp “slow2 la ajar die, jangan marah2”.Haa.. sampai cmtu sekali mak aku cakap.
Kesimpulan nya aku ni tak layak menjadi warga pendidik. So cita2 aku untuk menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan kejuruteraan awam macam terhenti disini je. Tapi takpe, selagi kita bersemangat dan tidak cepat berputus asa selagi tu aku masih ada peluang lagi. InsyaAllah.. kalian semua doa2 kan la aku yea supaya dapat sambung belajar di bidang yang aku pilih..
Sebelum tu aku nak selitkan gambar adik aku ni masa dia tengah belajar.
Tengok, dgn jari yang berinai die. Dengan mulut muncung, bajet khusyuk la tuh.
Mula la buat muka bosan. Lepas kena tengking kan. hoho (Padan muka)