Friday 19 August 2011

Ramadhan yang ke- 20



( Hai lenggang sayang )
Lenggang lengggok Mak Limah jalan berlenggang
( Hai lenggang sayang )
Menyambut tiba hari raya menghias rumah
( Mak Limah sayang )

Ramai tamu Mak Limah datang ke rumah
( Mak Limah sayang )
Ketupat rendang kuih-muih sama dihidang
( Hai lenggang sayang )

Sungguh lawa Mak Limah pandai menghias diri
Sayang sedikit Mak Limah tak ada gigi
( Mak Limah sayang )

Hari raya Mak Limah tak lupa zakat fitrah
Mohon doa moga-moga panjang usia
( Mak Limah sayang )



Ok, korang jangan terkejut ini adalah lirik lagu raya halil chik feat trio manja yang aku pun tak kenal siapa penyanyi ini. Lagu ini merupakan lagu raya yang paling aku tak suka. Aku tak tahu lagu ni ada kena mengena dengan raya atau tidak. Maybe ada kaitan dengan hantu kak limah balik rumah. Saja nak letak sebagai mukhadimah untuk entry kali ini. 
Sebenarnya aku pun tak tahu nak citer apa lepas  telinga aku ni terngiang-ngiang lagu raya di atas. Membuatkan diri aku tidak ada idea untuk update blog.  Selamat berpusa semua. Sekian

                Jangan lupa yea bayar zakat fitrah kak limah. hehe


p/s : Selamat hari jadi kepada adik aku Muhammad Afif Amzar yg ke 10 tahun.  Semoga cepat gemuk!.





Wednesday 17 August 2011

Assalammualaikum wahai kawan-kawanku sekalian. Hari ni dah masuk 17 hari kita menunaikan ibadah puasa. Hanya tinggal 13 hari lagi aidilfitri bakal menjelma. Hati aku dah tak sabar-sabar nak pulang ke kampung halaman untuk menikmati keindahan padi yang menghijau di keliling kampung aku. Nak jumpa sanak saudara, sepupu sepapat aku yang kuat mengumpat, anak2 sedara yang comel-comel belaka macam aku. Serius! memang teruja.

Sebenarnya aku nak update blog aku pasal berbuka puasa bersama-sama kawan sekolah aku. Kteorang memang tak plan pun nak buka sama2 minggu ni, kebetulan kawan2 aku ni semua kerja kat bangunan yang sama, kerja kerajaan pulak tuu (jeles aku). Jadi kteorg plan berbuka kat gombak prima. Dekat Rodeo Stick House. Nak try makan western2 sebab aku dah lame ngidam nak makan chicken chop nyum2.

Akhirnya dapat jugak aku makan chicken chop. Ingatkan tak cukup, rupa2 nye terlebih cukup. Masing2 tamak je nak makan bagi habis, bila lepas berbuka je, makan separuh semua dah kenyang (haa..tu la tamak sangat. haha) Kebetulan rezeki kteorg, ade abang waitress tu siap belanja mushroom lagi. Terima kasih abang waitress!. Nanti kteorg datang lagi jangan lupa belanja. Macam biasa aku nak selitkan gambar2 sewaktu berbuka.

                                      haa.. inilah cik nabila. muka dah tak tahan nak berbuke


             Ini pulak cik naja. single lagi. sape2 nak kenal leh email aku. promote2.hihi



Ini cik nora yusalrina bukan nora elena yea. nak kenal? dah ade Bf kot.


                                  nyumi... terliur kot tengok chicken chop

Wednesday 10 August 2011

Sakit menghapuskan dosa-dosa kecil

Assalammualaikum..Selamat pagi..Hello..Hai ...


Agak lama jugak aku tak update blog.. Minggu ni, minggu yang paling busy bagi aku sebab duk buat claim je. Ulang alik ke putrajaya untuk mendapatkan duit. Sungguh! memang teramat penat. Harap2 claim yang aku buat tu dapat la diterima tanpa sebarang masalah.. 

Sebenarnya aku kurang sihat minggu ni. Selesema dan sakit2 sendi telah membuatkan aku malas nak berkerja. Sekarang ni pun masih menyedut2 mukus di dalam hidung takut meleleh2 nanti (eeeuuuwwww.. Jangan telan sudah.batal puasa nanti). Tengok staff2 kt sini pun kurang sihat, ada yang demam la, ada yang pening2 sebab pregnant la, pastu ade yang sesunggut (sengugut lah..Haa. yang tu leh la p makan ke minum ke time lunch nanti.)

Semalam jugak lah aku pergi klinik panel untuk ambil ubat selesema dan sakit sendi2 tulang (hamboih..da macam orang tua dah gaya nye). Alhamdulillah, walaupun aku sakit, aku masih berpuasa penuh.. Sakit ni menghapuskan dosa2 kecil, betul tak?.



Memang mengantuk gila la telan ubat ni. Aku letak kepala je kt bantal terus terlelap. 


Hadis Rasulullah SAW :
" Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosa seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya"  (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Friday 5 August 2011

Hand phone = Walkie Talkie

Assalammualaikum... jawab jangan tak jawab. tak jawab berdosa...

Hari ini dah masuk 5 hari ibadah puasa yang telah kita laksanakan. Alhamdulillah masih berpuasa penuh lagi.. Ok, entry kali ni, aku nak meluahkan rase sedih dan kesal terhadap handphone yang aku beli pada tahun lepas. Handphone yang berjenama Sony Ericsson j20i yang sering aku sanjung2 berbanding handphone LG yang hanya ada FM Radio, ternyata handphone LG lah yang paling banyak berjasa. Sebab handphone sony ni sound dia dah rosak. Bila orang call je mesti kena bukak loudspeaker, kalau tak memang tak dengar la even telinga korg dah korek pagi tadi ke semalam ke tetap tak dengar.

Sebenarnya aku rasa tak puas hati terhadap handphone aku ni sebab ade kes yang terjadi pada pagi tadi. Begini kisahnya.

Situasi 1 : Submission ke mps

Aku : Assalammmualaikum encik, saya nak buat  submission berkenaan rumah dato nasir.
Encik A : ok. saya nak cek dokumen-dokumen yang ada ni.
Aku : Nah encik ( sambil menghulur kt encik A)
Encik A : Ada ejaan yang salah nie.
Aku : ejaan apa yea yang salah ?
Encik A : Ni haa.. persiaran jadi persiatan.
Aku : *(Aduyai.. macam mane leh salah taip ni. )
Encik A : Cik ni nama sape?
Aku : wahida.
Encik A : kenapa nama tak sama dengan surat perwakilan ni.? kita tak boleh nak proceed ni.
Aku : *(bengang tahap cipan).
Aku : Tak boleh ke nak proceed sebab dah 2 3 kali dah saya datang nak submit nie.
Encik A : tak boleh nie. minta la orang office u faks kan ataupun u mintak wakil yang tertulis ni datang.
Aku : *(hekelehh... kecoh betul.terus call office sambil berlari2 ke belakang pintu sebab nak bercakap guna     walkie talkie (hp sony). kemudian pergi semula ke tempat encik A)
Encik A : macam mana?
Aku : takpe la. saya datang balik petang ni.. saya submit petang ni.* muke bengis..(ade panggilan lagi dr office) * (aduyai.. apsal call lg. hp ni dah la kne loudspeaker .lari lagi ke belakang pintu).
Encik A : *(apehal minah ni gelabah je. Nak ckp ngan hp pun kne ke lari kt belakang pintu) * maybe dlm hati die mst ckp camtu.
Aku : Takpe la encik saya submit balik ptg ni. Ada pape lagi tak?
Encik A : macam nie, awak jangan la gelabah2. apa kate awak buang nama wakil ni dan tulis nama awak. kang senang. takyah la awak nak gelabah2.
Aku : *(tadi cakap lain. suh faks la ape la. haishh)..
Aku : Haa.. yela.. saya tukar letak nama saya. * (tadi taknak ckp awal2.)
Encik A : haa.. kan senang keje. Rileks je. takyah gelabah2.
Aku : * (brape kali nak sebut gelabah.. haiyaa.. gelabah betul.)

>  *( ) = bercakap dalam hati

So, kesimpulan yang aku rase la kan, mesti die ingat aku ni gelabah ke hulur hilir kt belakang pintu sebab tak boleh nak submit dokumen tu( peduli ape aku kalau tak boleh submit pun). Pada hal aku gelabah sebab hp tu kne loudspeaker kalau bercakap. Takut angkat kt depan dia kang ter mengumpat sal dia tak pasal2 batal puasa. haha. Bagus jugak dengan ada nye walkie talkie ni memudahkan kerja aku.. Pape pun aku tetap nak jual hp tu..

              Selamat tinggal walkie talkie.. *sila abaikan wallpaper di handphone tersebut.

Thursday 4 August 2011

" Saya Mau Join Bloglist Cik Ross "

 Selamat Petang semua.. Memandangkan aku ni baru nak berblogger, so aku nak join " Saya Mau Join Bloglist Cik Ross ". Nak menambahkan follower2. Terima kasih kepada Kak Mas sebab tag aku. Yela, aku selalu tanya dia macam mana nak ramaikan follower.. 




Seperti yang diminta, aku dah letak banner dan tak perlu entry yang panjang2 sebab aku dah takde idea.
Ok. Sekian..

Tuesday 2 August 2011

Shopping Mopping Di Jalan Tunku Abdul Rahman



Selamat Tengah hari.. Sekarang azan sedang berkumandang di kawasan office aku menunjukkan waktu zohor telahpun masuk.. Bukan azan waktu maghrib.. Sabar wahida, sabar....Ada lagi 7 jam untuk kita berbuka.. Perut sudah berkeroncong lagu keroncong untuk ana nyanyian dari  M. nasir bukan Dato Nasir merangkap bos aku. haha. Bos aku tak reti menyanyi tapi dia reti bekerja tak kira masa. 

Ok, lupakan segala hal Dato nasir or M.nasir. Sekarang ni aku nak cerita kisah aku dan cik Eintan ber shopping mopping di jalan TAR pada hari sabtu yang lepas. Lepas baca blog cik eintan ni baru aku teringat yang aku nak update jugak pasal Jalan TAR ni.. Hadui... aku tak pernah tengok orang seramai kat jalan TAR. Serius! Ramai sangat2 dan aku agak terkedu melihat KUALA LUMPUR . Memandangkan Sogo ada buat sale, so KL pun penuh dengan manusia-manusia yang agak boros ketika itu (tak termasuk aku, sebab aku tak masuk sogo. hehe) Kata nye ade seluar harga asalnya RM 200 boleh dpt RM 100.. Ala.. kalau da gemuk nak pakai seluar mahal tu pun dah tak boleh.. Kuikui.. Itu kalau aku la, sebab aku ni senang nak naik berat badan. Better beli seluar RM 40 hinggit.

Aku keluar dengan cik eintan pada tengah hari. Mula-mula aku ingat nak naik bas terus ke sogo tapi cik atika merangkap rakan sekerja aku pun nak p sogo, so dia pun cakap 'baik naik KTM je. lagi cepat sampai'.
Aku pun terpikir betul jugak ek, sebab kalau naik bas dah tentu-tentu aku tak dapat duduk sebab bas tu dah di conquer oleh mat-mat bangla serta indon-indon yang ada..

Dalam 40 minit jugak la perjalanan aku nak sampai ke sana. akhirnya sampai jugak. Aku dah nampak kelibat  eintan yang kelaparan menunggu di tangga (sedih aku tengok dia). Sebelum nak shopping tu cik eintan bagi idea suruh makan dulu sebelum shopping, so aku pun tak kisah sebab dia dah lapar tahap dewa 19. hehe. kteorg pun amik keputusan untuk makan di A&W. Nak tahu apa yang terjadi? korang pernah tak berdiri selama 1 jam untuk beratur membeli makanan??.. Pernah? Haa.. ini la yang terjadi kat aku.. Dah la ada 2 kaunter je, 1 barisan ade dalam 20 orang( anggaran je). Beratur punya beratur akhirnya sampai jugak turn kteorang. Alhamdulillah..akhirnya dapat jugak kteorg order makanan. Betul orang cakap penantian itu satu penyeksaan.. Serius memang terseksa. 


Selepas dah makan-makan tu kteorg start shopping kt kedai BATA. Usha-usha kasut, takde yang terpahat di hati terus blah mencari kedai yang menjual baju kebaya. Sebab eintan nak beli baju kebaya. Baru je masuk satu kedai dia dah berkenan dengan baju kt kedai tu. Usha kat kedai lain jugak, tapi takde yg berkenan, berbalik ke kedai 1st yang kiteorg pergi tu. Dia pun dengan rakus nye pergi try baju tersebut kat fitting room. Then terus beli..Itu jela yang terjadi pada hari sabtu yang lepas. Disebabkan hari tersebut, kaki aku sekarang ni masih sakit-sakit sendi (dah macam orang tua nak sakit sendi bagai).. Sebelum tu aku nak selit kan sedikit gambar. Layann...



               Baca doa dulu. Jangan gelojoh..hehe. *sorry intan ,snap pic ni secara tidak sengaja

                                Makan bungkus je. kat dalam A&W tu takde meja yang kosong.

Salam Ramadhan

Assalammualaikum.. Hello semua, bagaimana puasa pada hari ni? ok ke? harap-harap ok la kan.. Setakat ni aku masih berpuasa penuh.. Berharap sangat tahun ni dapat puasa penuh..(boleh ke?) aku tak ingat tahun bila aku berpuasa penuh. haha.. 


Sebenarnya aku nak ucapkan Selamat menyambut  Ramadhan Al-mubarak. Semoga dengan datangnya bulan ini dapat menambah amal ibadat kita. Jangan lupa Reload Ibadah, Topup Amal dan kita delete dosa.. InsyaAllah...








Selamat berpuasa semua.. 


p/s : malam ni baru nak start sembahyang terawih.. huhu