Tuesday, 2 August 2011

Shopping Mopping Di Jalan Tunku Abdul Rahman



Selamat Tengah hari.. Sekarang azan sedang berkumandang di kawasan office aku menunjukkan waktu zohor telahpun masuk.. Bukan azan waktu maghrib.. Sabar wahida, sabar....Ada lagi 7 jam untuk kita berbuka.. Perut sudah berkeroncong lagu keroncong untuk ana nyanyian dari  M. nasir bukan Dato Nasir merangkap bos aku. haha. Bos aku tak reti menyanyi tapi dia reti bekerja tak kira masa. 

Ok, lupakan segala hal Dato nasir or M.nasir. Sekarang ni aku nak cerita kisah aku dan cik Eintan ber shopping mopping di jalan TAR pada hari sabtu yang lepas. Lepas baca blog cik eintan ni baru aku teringat yang aku nak update jugak pasal Jalan TAR ni.. Hadui... aku tak pernah tengok orang seramai kat jalan TAR. Serius! Ramai sangat2 dan aku agak terkedu melihat KUALA LUMPUR . Memandangkan Sogo ada buat sale, so KL pun penuh dengan manusia-manusia yang agak boros ketika itu (tak termasuk aku, sebab aku tak masuk sogo. hehe) Kata nye ade seluar harga asalnya RM 200 boleh dpt RM 100.. Ala.. kalau da gemuk nak pakai seluar mahal tu pun dah tak boleh.. Kuikui.. Itu kalau aku la, sebab aku ni senang nak naik berat badan. Better beli seluar RM 40 hinggit.

Aku keluar dengan cik eintan pada tengah hari. Mula-mula aku ingat nak naik bas terus ke sogo tapi cik atika merangkap rakan sekerja aku pun nak p sogo, so dia pun cakap 'baik naik KTM je. lagi cepat sampai'.
Aku pun terpikir betul jugak ek, sebab kalau naik bas dah tentu-tentu aku tak dapat duduk sebab bas tu dah di conquer oleh mat-mat bangla serta indon-indon yang ada..

Dalam 40 minit jugak la perjalanan aku nak sampai ke sana. akhirnya sampai jugak. Aku dah nampak kelibat  eintan yang kelaparan menunggu di tangga (sedih aku tengok dia). Sebelum nak shopping tu cik eintan bagi idea suruh makan dulu sebelum shopping, so aku pun tak kisah sebab dia dah lapar tahap dewa 19. hehe. kteorg pun amik keputusan untuk makan di A&W. Nak tahu apa yang terjadi? korang pernah tak berdiri selama 1 jam untuk beratur membeli makanan??.. Pernah? Haa.. ini la yang terjadi kat aku.. Dah la ada 2 kaunter je, 1 barisan ade dalam 20 orang( anggaran je). Beratur punya beratur akhirnya sampai jugak turn kteorang. Alhamdulillah..akhirnya dapat jugak kteorg order makanan. Betul orang cakap penantian itu satu penyeksaan.. Serius memang terseksa. 


Selepas dah makan-makan tu kteorg start shopping kt kedai BATA. Usha-usha kasut, takde yang terpahat di hati terus blah mencari kedai yang menjual baju kebaya. Sebab eintan nak beli baju kebaya. Baru je masuk satu kedai dia dah berkenan dengan baju kt kedai tu. Usha kat kedai lain jugak, tapi takde yg berkenan, berbalik ke kedai 1st yang kiteorg pergi tu. Dia pun dengan rakus nye pergi try baju tersebut kat fitting room. Then terus beli..Itu jela yang terjadi pada hari sabtu yang lepas. Disebabkan hari tersebut, kaki aku sekarang ni masih sakit-sakit sendi (dah macam orang tua nak sakit sendi bagai).. Sebelum tu aku nak selit kan sedikit gambar. Layann...



               Baca doa dulu. Jangan gelojoh..hehe. *sorry intan ,snap pic ni secara tidak sengaja

                                Makan bungkus je. kat dalam A&W tu takde meja yang kosong.

2 comments:

  1. haritu inga mmg nak pergi sogo sebab mak ajak. a last tak jadi sebab ada member cakap, jalan jam GILA NAK MAMPUS. so, duduk rumah je la. haha :D
    kak wahida pun tak masuk sogo kann. ramai gila kot

    ReplyDelete
  2. mmg ramai gile.. kt dlm sogo ramai,kt luar sogo pun ramai.. penat tgk orang2 shoping bwk beg plastik besar. haha

    ReplyDelete