Monday 31 December 2012

Selamat Tahun Baru :2013:



Assalammualaikum...

Hari ni gigih study geoteknik sebab ni 2nd paper untuk hari pertama final. Maksudnye 1st paper aku mathematic pada pukul 8 pagi, then petang pulak paper geoteknik. Pehhh.. masak2.. Dah La dua2 paper boleh dikatekan killer punye killer. Tapi redha je. Dah kata student kan.. Ni pun curi mase sikit bace blog and update blog sebab asyik mengadap buku je. Otak pun kenalah rehat jugak kan.

Actually, aku nak ucapkan Selamat tahun baru 2013. Sekejap je kan dah masuk tahun baru. Umur aku pun makin meningkat 1. Counting la sendiri umur aku berapa. hehe. Banyak kenangan pahit dan manis sepanjang aku lalui semasa tahun 2012. Awat sebut pahit dulu? Sebab pahit itulah yang banyak mengajar kita erti kesabaran dan ketabahan. Harap tahun 2013 ni bermulanya episod kehidupan yang baru bagi kita semua. Marilah kita sama-sama melakukan perubahan dan azam yang membangkitkan semangat juang untuk menjadi insan yang lebih baik di dunia mahupun di akhirat. InsyaAllah.. Jom sambung study balik. Geoteknik oh geoteknik.. Come to mama...


p/s :  Kepada member2 yang nak kahwin pada tahun 2013 ni, jgn lupa jemput ok.

Saturday 22 December 2012

Jungle Treking at Saujana Asahan Gunung Ledang

Assalammualaikum..

Udah lama bebenor aku tak update blog. Serius cakap 2 minggu lepas dan minggu ni sangat-sangat busy dengan projek. Waktu tidur jadi sangat terhad. Hanya tidur dalam 3 jam sahaja untuk mengelakkan kan kepala jadi ting tong ataupun pening ataupun mata jadi mata panda dan sebagainye lahh. Alhamdulillah, siap jugak kesemua projek,presentation, assignment, test dan kuiz.So hari ini hanya ada aktiviti koko yang aku rase aku takda function bila pergi ke sana. Ramai sangat junior nak masuk game, so bagi peluang kat dorang jela. Funtion aku pergi sana hanya untuk SMAP On9 je. Jadilah dari takde ape. 

Sebenarnya aku nak cerita sedikit pengalaman aku pergi treking di Saujana Asahan Gunung ledang minggu lepas. Aku pergi dalam 3 hari 2 malam.Aktiviti ini wajib untuk semua student yang amik koko treking utk sem ni. Tak pergi tak dapat A+, so nak A+ kena la pergi kan.. Aktiviti die memang best, cume yang tak best nye tidur tak cukup. Aku paling masalah kalau tidur tak cukup. Nanti kepala aku jadi ting tong dan mata aku kelihatan seperti mata panda, bab mata tu ok lagi. Yang paling tak tahannye kepala aku la , mesti jadi pening.  Tapi bukan aku sorang je tak cukup tidur, kawan-kawan yang lain pun sama jugak.

 First sampai pada hari jumaat tengah hari. Petang tu ade aktiviti ice breaking konon nye nak bagi kita ni tak rase segan-segan sangat   dengan kawan2 dr section lain. Yang paling best skali aktiviti Night Treking. Memang adventure gila.Memandangkan bulan 12 ni musim hujan, tanah semua jadi tanah lembik selembik-lembiknye. Seriously sepanjang aku hidup inilah aktiviti yang aku rase paling adventure yang pernah aku buat. Masuk hutan tengah malam, lepas tu jalan sangat-sangat curam dengan hanya berbekalkan torch light RM2.50 yang tak bape nak kualiti sangat, memang tak nampak jalan *dlm hati menyesal tak pinjam torch light roomate aku sbb die ahli kelab kembara. Tapi takpe, aku tetap tak cepat putus asa *chewaahhh. ayat nk poyo je. Disebabkan ada kawan2 aku dari depan dan belakang saling tolong menolong dan saling tarik menarik tangan antara satu sama lain *perempuan shj, hehe* so aku rase bersemangat sikit. Mula-mula rase down sangat sebab kat curam bukit tu aku hampir2 tergelincir. Tapi nasib baik la aku sempat paut pada akar kayu kat atas tu. Fuhhh.. lega. Aku dah tak kisah pacat dah. Nak naik kt kaki ke badan ke naik la, yang penting aku selamat. Aktiviti tu dalam 2 jam lebih. Memang lama. 

Esoknye aktiviti jungle survival dan 'flying fox'. Itu pun best jugak.Then malam ada aktiviti malam kebudayaan, section aku buat sketsa pasal legenda Puteri Gunung Ledang ala-ala kpop. Yang kelakarnye scene puteri gunung ledang tu hanya 10 saat je. Sebenarnye scene tu dah berterabur, jadi kesudahan cerita tu tergantung. 

Hari ahad pulak hari terakhir,  kiteorang buat aktiviti mendaki gunung ledang. Adventure jugak sebab nak kena mendaki dan menurun bukit. Macam biasa sesi tarik menarik tangan member mesti ade, then semua kena turun secara bergelongsor kat atas tanah. Pehh.. takyah g sunway lagoon dah. Dalam 30 minit kteorang dah sampai kt air terjun kt gunung ledang tu. Tak mandi pun just basuh tangan dan seluar. Lapas dah mendaki gunung ledang, kteorang bersiap2 kemas khemah untuk balik ke UTHM. Perjalanan dari melaka ke Batu pahat hanya 2 jam lebih. Naik2 bus je terus lentok sampai kt U. Lepas sampai je kt U, dengan tiba-tiba je perut aku berbunyi. Sebab sebelum balik tu aku hanya makan nasi tanpa lauk sebab lauk semua dah abis. Sadiskan. Then aku pun pergi beli wafer. 

Dialog aku bersama akak penjual wafer :-

Aku : Kak nak wafer 1*dekat kepala ni nak perisa coklat + peanut
Penjual Wafer : nak perisa ape?
Aku : Nak wafer + coklat
Penjual wafer: Hah? Perisa ape?
Aku : Wafer + coklat *akak ni tak dengar ke aku nak wafer + coklat.
Sue & nana : wae! perisa wafer + coklat mana ade.
Aku : Terus tersedar. Eh, silap kak. nak coklat + peanut.
Nana : sorry kak, kteorg semua ni tak cukup tidur, sebab tu die jadi macam tu.
Aku : *malu gila. Itu lah bila aku tak cukup tidur, kepala aku akan jadi ting tong dan nyanyuk.

Jom layan gambar. Sikit je gambar yang sempat aku snap.



Saujana Asahan Gunung Ledang. Snap dari dalam bus. * abaikan bayang-bayang tersebut. Hee


Chalet kat sini sangat tradisional.




Miza kecik, Arah Dan Aku. Nampak tak muka nervous nak naik "Flying Fox". Tapi best.




Sebelum mendaki gunung ledang harus bergambar dulu.





Trekking Section 5. " I say Hu, I say La. Section 5 laa".. 

Sunday 25 November 2012

Kalau Tak Jadi Engineer, Nak Jadi Usahawan laa.



Assalammmualaikum.

Selamat petang kawan-kawan. Rasanye dah dekat sebulan aku tak update blog aku ni. Yela, 2 minggu lepas balik rumah, ditambah pulak laptop aku tak dapat wifi U, pastu minggu lepas sibuk dengan perniagaan jualan tudung kt UTHM. Ok, jgn terkejut yang aku jual tudung, itu hanya mengikut kehendak my lecturer bagi subject Construction Engineering. Ape kene mengena jual tudung dengan Construction?? Macam pelik kan. Tapi lecturer aku ckp ade kene mengene. Die nak tengok cara kita bercakap dengan customer, andai kata, kita jadi engineer nanti pandai la kita berbicara dengan client2 kita. Citer projek berjuta-juta. Gitu la kisahnye. 

Bukan setakat tu je, kalau budak-budak class aku berjaya menjual barang2 yang dorg jual contoh macam "goreng pisang tasha shila" Hambik! *jgn ingat ade pisang abu je taw,Haha. nanti lecturer aku nak belanja bawak pergi Legoland... Fuyoooo!! banyak nye duit lecturer aku. Tapi orang ckp legoland tak best. Panas laa, hujan laa. So andai kata tak dpt pergi Legoland, cadang nak pergi Cameron Highland. Sepanjang aku hidup ni, seriously aku belum sampai lagi kat sana. Sedih kan?.. Tapi kena tengok dulu, kalo hasil jualan dorg banyak dapat la pergi bercuti satu class.Yaahhhoooo!!

Untuk group aku, kitaorg buat jualan tudung, just bawak keluar modal untuk tapak je, selebihnya owner tu punye tudung, aksesori macam rantai,gelang dan sewaktu dengannye. Serius buat niaga tudung ni memang betul2 masyuk. Nak-nak lagi kalau kita ni pandai menjahit, lepastu pandai design selendang terkini kompem lagi kayo. Oleh disebab itu, aku pernah terfikir kalau aku tak mampu nak menjadi seorang engineer yang bagus, maybe aku nk buat jualan tudung je kot ataupun dress dan aksesori dan sewaktu dengannya. Bukannya tak yakin dengan diri sendiri, tapi aku pernah merasa menjadi assistant engineer, terasa macam agak sakit jugak laa. Ni belum jadi engineer. Asal ade masalah je mesti tak boleh tidur malam. Haha. Punye laa dok pikir masalah kerja sampai tak bole tidur. 

Sebab tu laa, aku buat keputusan untuk sambung degree supaya aku bole train diri sendiri. Percaya pada diri dengan harapan dan keyakinan *tetibe keluar lirik lagu tema AF. haha. InsyaAllah, kita tak tahu rezeki kita sampai mana. InsyaAllah kita jangan putus berdoa kepada Allah S.W.T Semoga kita dilimpahi dengan rezeki yang halal. Amin..




Tudung bawal pelangi , tudung bawal satu tone , tudung bawal manik yang menjadi kegilaan budak U aku. Tudung bawal sememang nye terbaik bagi aku. *Sebab tu aku suke pakai tudung bawal.Hee


Aksesori wanita. Gelang, rantai  dan cincin. 


Hasil jualan tudung. Aku dapat balik modal dan untung serta hadiah gelang dari owner. Syukur. Alhamdulillah



Yeah!! aku sendiri pun beli tudung bawal pelangi tu. Mudah terbentuk dan mudah dipakai. 
I LOVE BAWAL


Wednesday 24 October 2012

Majlis Anugerah Sijil Dekan

Assalammualaikum..

Selamat malam kawan-kawanku sekalian alam.. Hari ini perasaan aku agak gembira sebab esok aku akan pulang ke Gombak sempena cuti raya haji dan mid sem selama seminggu. Hari ini juga merupakan hari penganugerahan Sijil Dekan bagi student-student Falkuti Awam dan Alam Sekitar. Alhamdulillah aku juga tersenarai dalam anugerah tersebut. Berkat doa keluarga dan usaha aku pada semester lepas akhirnya ada hasilnya. Mana taknya, time final hari tu aku wajib tidur pukul 3/4 pagi untuk study. Berbekalkan nescafe secawan dan meggi semangkuk untuk mendiamkan perut aku semasa study. Kawan-kawan aku dan adik-adik aku pun banyak membantu aku. Maklum la, kawan-kawan aku semua majoriti umur 22 tahun. Hope sem ni aku akan cuba pertahankan pointer aku walaupun aku rasa sangat mustahil utk maintain kan sebab subject utk sem ni banyak yang killer. 

Ingatkan tadi aku hanya dapat piala je, Alhamdulillah rezeki aku dapat hamper makanan. Ingatkan dah takde luck tadi. Yela bayangkan la beratus-ratus student yang datang, hanya 30 hamper je yang ade. Mana mungkin aku bole dapat. Tapi alhamdulillah aku bersyukur sangat-sangat dapat dua benda dalam 1 masa. Syukur. Jom layan gambar.. ZaasSS...



                  Boleh dikatakan ranking aku yang beratus-ratus. Ramai lagi yang bagus.



              Rakan-rakan seperjuangan. Tahniah buat korang!! Berusaha utk sem ni pulak. chaiyok3!!!



Bersama senior-senior UTHM.(dorg mesti banggo aku panggil dorg senior kan. haha). Dorg ni rakan sekelas aku mase kt politeknik dulu.Tapi dorg masuk awal 2 semester dr aku. Tahniah jugak buat dorg.


                                          SYUKUR.Alhamdulillah.. *Sila abaikan jerawat yang ada *


  Hamper utk bekalan balik gombak esok. *sebenarnya dah makan separuh dengan budak2 bilik*


Sunday 21 October 2012

Kasihku abadi



Assalammualaikum..

Selamat petang wahai kawan-kawanku. Hari ni aku cuba abiskan assignment yang ada utk submit this week. Lepas tu kteorg semua akan bercuti selama seminggu sempena Hari Raya haji dan cuti mid sem. Sambil2 buat assignment tu aku selalu dengar lagu, tapi kali ni aku dengar lagu nasyid. Lebih baik kita dengar lagu yang boleh memberi kita sedikit sebanyak kekuatan di dalam jiwa. Dalam banyak2 lagu aku tertarik dengan lirik lagu kasihku abadi by in team. Memang lagu nasyid jiwang tapi jiwang2 pun penuh makna dan memberi aku sedikit sebanyak kekuatan.  



Kamar hatiku, sekian lama
Suram dan sepi, kekosongan
Aku mencari insan sejati
Untuk menemani hidupku
Adam dan Hawa diciptakanNya
Disemai rasa kasih sayang
Agar bersemi ketenangan
Dan kedamaian di hati

Ku harap hanya keikhlasan
Dan ku rindukan keramahan
Aku inginkan kemesraan
Berkekalan berpanjangan

Mengasihimu, dikasihi
Menyayangimu, disayangi
Merindui dan dirindui
Saling mengerti di hati

Biar hilang kabus di wajahku
Biar tenang resah di dadaku
Terimalah serta kabulkan harapan ini
Oh Tuhan

Ku melafazkan kata penuh makna
Bersaksi Tuhan yang Maha Pemurah
Hidup mati jodoh pertemuan
Ditentu Allah yang Esa
Perkenankan hasrat di hatiku

Moga impian kan dirahmati
Dipertemukan serikandi
Susah dan senang sama harungi
Demi cinta yang hakiki 

Saturday 20 October 2012

Tajuk Bebas

Assalammualaikum...

Selamat malam semua. Malam ni ramai yang kecoh-kecoh pasal bola ATM lawan Kelantan. Memang riuh kat belakang kolej kediaman aku ni. Belakang bilik aku ni dekat dengan kedai-kedai makan seperti restoren mamak. Memang bole bau masakan kari kepala ikan dorg, Ok itu tipu je. Selama aku duduk sini belum pernah bau masakan dorg dan tak pernah lagi pergi makan dekat sane. Kalau kat s.alam dulu memang selalu. Kat sini memang jarang nak pergi. Takde feel nak makan roti canai dorg. Pehh. belagak nye ayat aku. Bukan apa aku cume berminat dengan masakan-masakan melayu saje. 

Ok, mukhadimah je dah cerita pasal makan. Hari khamis ari tu Bahagian Hal Ehwal Pelajar universiti aku ade buat sedikit aktiviti sempena konvokesyen yg akan datang nanti. So, salah satu gerai yang menarik perhatian aku adalah gerai keropok Chipster Twisties. Sebab ada patung bergerak. Patung tu boleh ditumbuk-tumbuk. Saje nak pergi bergambar sekali dapat free keropok chipster tu. Rezeki makan keropok je ari tu. Masing-masing dapat sorg satu. Tapi hari khamis ari tu memang betul2 letih dari pagi sampai ke malam. Otak berfungsi boleh dikatakan 24jam.Ok, tipu je.sempat tidur dlm 4 jam tanpa bermimpi. Terasa sakit sangat2 kepala.

 Hari jumaat pulak ade presentation Kenegaraan. Memang tak prepare langsung. Tapi Alhamdulillah lecture suka dengan presentation dan poster group kteorg.. Aku salah seorang presenter. Boleh pulak tersalah sebut nama J.W.W birch tu tersebut J.w.w Bitch. HAHA. Nervous punye pasal habis tunggang langgang cakap. Malu sekejap. Pastu sambung balik cerita pasal kedatangan british dekat negara kita. Ok la, bantal dan katil aku dah misscall suruh tidur. Gud nitezzZZ..



Chipster. Crunch it away! katenyeww..


Kesian orang yang kat dalam tu. Macam tersiksa je gayenye. HAHA




Memang tak dapat dinafikan, budak2 lelaki ni memang pandai berimaginasi. Aku suke dengan poster ni sesuai dengan tajuk yang dibentangkan. 

Monday 15 October 2012

Assalammualaikum..

Bila larut malam.. Taruk kicapcapcap. Taruk kicapcapcap. Suasana sepi..
Haippp!!! Mereng sekejap. Sebab roomate aku semua takde. Dua orang pergi makan. Dua orang lagi ade class. Yg sorang lagi pergi makan steamboat dengan budak-budak class aku, sempena perpisahan salah seorang classmate aku yang dpt offer kerja kerajaan. Untung badan.. Aku pulak keseorangan di dalam bilik atas sebab badan tidak berapa nak sihat. So kena la duduk kat bilik merehatkan diri, bukan meng'online' kan diri. Tetapi mana lah tahu kot2 sakit ni boleh hilang ke bila mengadap laptop dengan meng'online'.

 Kasi buat assignment dalam setengah jam selebihnya online. Sangat tidak bagus. Ini lah student yang paling pemalas di abad ini. Bukannya ape, nak buat assignment ni memerlukan mood yang baik. Kalau mood tak baik confirm markah assignment dapat separuh je. So kena la tunggu ada mood. Tapi kena lah buat sebelum due date assignment tu kena hantar. Last week aku busy dengan test. Test math and Construction engineering. Lepas dah jawab exam rase macam markah cukup-cukup makan je. Fikiran agar serabut. Banyak masalah. Tapi harus diketepikan dulu. Sekarang ni hanya fikirkan study dan cita-cita untuk membahagiakan kedua ibubapa kita. InsyaAllah.. 



          SYUKUR masih mempunyai mereka. Mereka adalah pelita yang menyuluh hidupku.
                                          *Rindu kat mak & abah aku. T__T



Ini memang betul-betul poyo. Umur dah 23 bajet nak main belon macam budak sekolah rendah. * tapi terasa picture ni macam umur aku darjah 6. Ngeh2. *Iye memang aku perasan. 





Saturday 29 September 2012

Luka Kerana Shaver



Selamat Petang. Cuaca dekat Parit Raja agak mendung sebab pagi tadi hujan lebat. Disebabkan itu juga la aku bangun agak lewat gara2 hujan. Memang nikmat tidur dalam kesejukan. Tak perlu pasang kipas pun terasa macam dah pasang aircond kat dalam bilik. Cewahh.. Hyperbola-bola api betul la aku ni. 

Sebenarnya aku nak cerita sikit kisah berkaitan dengan aku. Ada kaitan jugak lah dengan tajuk post dekat atas tu. Pagi tadi aku bangun dalam keadaan yang agak mamai-mamai kucing. *rosak bahasa* . Then terus pergi ke bilik air yang berada di luar bilik. Ala-ala macam kat teknik dulu. Pastu aku terus mencapai bakul yang berisi barang2 mandi aku. Tiba-tiba terus ibu jari aku terasa pedih bagai ditusuk-tusuk sembilu kasih *rosak lagi bahasa* . Rupa-rupanya terkena shaver tak ada penutup. Penutup dia hilang entah kemana. Memang pedih gila. Banyak darah mengalir. Terus masuk dalam bilik. Merengek-rengek kat roomate aku. Sakit!!



Tisu yang penuh dengan darah. Geli sebenarnya nak amik gambar. Tapi gedik-gedik jugak nak amik. Hee


Ibu jari aku dah cacat sedikit. T__T

Thursday 27 September 2012

Ya Allah, Aku Tak Ingin Sendiri


Ya Allah....
Seandainya telah Engkau catatkan
dia akan menjadi teman menapaki hidup
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagian di antara kami
Agar kemesraan itu abadi

Dan Ya Allah.. ya Tuhanku yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan...
...Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Ambillah kebahagian ketika dia ada di sisiku

Dan peliharalah aku dari kekecewaan

Serta Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku dapat berbahagia walaupun tanpa
bersama dengannya

Dan Ya Allah yang Tercinta...
Gantikanlah yang telah hilang.

Credit to : Buku Ya Allah, Aku tak ingin sendiri by Burhan Sodiq

Wednesday 26 September 2012


 Baru dapat info kelas geoteknik tak batal. Baru verangan nak tidur balik. Buruknye perangai. 
Semangat gila aku letak gambar buku geoteknik bersama laptop kesayangan beserta blog aku yang berwajah baru. Gila Semangat. Ok la, nak bersiap-siap ke kelas dulu. Takut sekejap lagi ada orang menjerit "AIR TAKDE". Bye 

Blog Berwajah Baru



Assalammualaikum dan selamat malam. Dah macam pembaca berita je ayat aku ni. Actually dah lama aku tak menaip kat blog aku ni since bulan april lepas. Maklum la tugas sebagai student ni amat berat bagi aku sebab banyak benda nak kena buat macam projek,assignment, kuiz, test dan sewaktu dengan nya. Nak2 pulak line internet dekat kolej ni sangat-sangat lembap. Jadi, untuk aku nak mengupdate blog memang payah laa kan. Tapi entah kenapa aku terasa nak berjinak-jinak semula dalam penulisan blog ni. Maybe sebab aku bosan kot duduk kat kolej baru ni. Dah line lembap, air pulak takde. dah macam duduk kat hulu mana tah. Kerja aku asyik nak mengutuk kolej je kan. 

Ok, blog aku sekarang dah bertukar wajah sikit. Nak yang simple-simple je. Link pun dah berubah. Tagline bagai pun dah berubah. Yang tak berubah tuan dia je. Maintain muda walaupun dah menjangkau usia 23 tahun. Muda lagi..Sebenarnya saja je nak menyedapkan hati sendiri.. ngeh3.  Follower tetap sikit.Haha. Takpa yang penting aku tak bosan nak menulis. Orang nak baca ke taknak baca ke belakang cerita. Ye dak??. Jadi otak dah tepu. Tak tahu nak tulis apa lagi. Sekarang nak continue tengok movie Charlie and the chocolate factory. Good Nite friends.. 


Friday 6 April 2012

yeaayy!! Jom Balik Kampung a.k.a Rumah

Konbanwa!! (Selamat Petang) Kejap lagi aku nak balik rumah, setelah berbulan- bulan menelaah kat UTHM ni. Finally dapat jugak bercuti seminggu kat rumah. Aktiviti kat rumah nanti confirm la aku nak tengok tv sambil buat assigment. Dah lama tak tengok tv , al maklum la kat hostel ni takde tv. Berita terkini pun aku tak tahu. Kalau ade internet pun bukan tengok berita online, tengok facebook je. HAHA. 


Ok lah, aku dah ready nak balik ni, tunggu cik nora habis mandi dulu. Lama betul minah ni mandi. Doakan perjalanan kami selamat. Arigato Gozaimasu.
Salam ~