Friday 30 December 2011

Salam Jumaat semua. Alhamdulillah. Semalam aku dikejutkan dengan berita yang agak menggembirakan aku. Tengah bosan2 duk layan facebook tiba2 aku tergerak hati nak bukak eputra yang selalu update pasal kemasukan berkaitan education seperti MRSM, SMT, Universiti, Politeknik dan sewaktu dengan nya.  Maklum la, kalo ade internet ni aku bukak facebook je mende lain aku jarang bukak.


So sedang aku membelek2 page eputra tu, ade satu status tu die tanya pasal rayuan uthm sem II sesi 2011/2012 bagi program sarjana muda. Aku pun macam agak terkejut jugak la sebab result dah keluar. Dengan pantasnya aku terus bukak laman web die dan cek. Aku tak berharap sangat pun dapat, skali kat skrin tu die tulis TAHNIAH! Anda berjaya. Alhamdulillah.. Pertama kali aku apply utk uthm aku dapat jugak. Sebelum ni apply uitm je tapi takde rezeki.


Hari ni pun merupakan hari terakhir aku kat office. Sedih dan pilu rase nye untuk meninggalkan teamcoat. Ada sedikit jamuan dibuat tengah hari tadi dan yang special nye mak aku yang masak. Selalu nye order dekat kedai yang biasa dorang amik. Mak aku buat nasi tomato pedas punye.. Sedap woo. Bos duk puji melambung cakap mak aku boleh bukak kedai sebab masakan die sedap..  Ceewaahhh.. ingatkan puji mak aku je, aku pun die puji melambung. Cakap aku ni pekerja yang rajin dan ade komitmen.. caihh. bole percaya ke?..


Pape pun selamat maju jaya kepada semua warga teamcoat.. Terima kasih pada semua yang banyak mengajar aku sepanjang aku berkhidmat. Minta maaf kalo ade terkasar bahasa. * Dalam bilik meeting segan nak bagi ucapan. Takde idea kt kepala. HAHA


Amboi En.lizam sibuk nak amik gambo aku ngan bos. hoho. Bos kasi angpau tapi malang nye isi nye agak sedikit. Hampa!. Boleh tak cuba bersyukur sikit, ok la dari takde kan.. Terima kasih bos!

 Terima kasih cenderamata dari teamcoat. Pilihan kak hawa. Suke dompet kaler purple tuh.. Tenkiu!!


Wednesday 28 December 2011

Last day kerja

Assalammualaikum.. Agak lama aku tak update blog aku ni. Penuh dengan sarang labah-labah dan habuk blog aku ni * nipu je sebenarnye. Terkejut tak dengan tajuk kat atas tu?. Sebenarnya aku dah hantar notis berhenti kerja kat bos bulan lepas. So esok adalah hari terakhir aku bekerja. Sob3 T__T.  Esok jugak ade jamuan makan2 sempena perpisahan aku dengan company aku.. Sebab aku berhenti? Of course la aku nak menganggur tanam anggur kat rumah.



Meeting Sk putrajaya yang terakhir. Lepas ni tak dapat la nak jumpe en. mode bekas kumpulan ruffedge merangkap sebagai perunding arkitek projek ni.





Handing over note aku serahkan dekat atikah, budak politeknik aku jugak. Selamat bekerja ika~



Thursday 8 December 2011

Ombak Rindu Lagi?..

Selamat petang, Selamat Sore semua.. Hari ni aku di kejutkan dengan berita yang mak dan abah aku nak pergi tengok wayang cerita Ombak Rindu. Wah2.. nampak nye ombak rindu ni telah menambat hati parent aku untuk menonton kat panggung wayang. Cayalah Ombak rindu!!..

Ala.. sebenarnya parent aku nak tengok sebab abang aku nak belanja. HAHA.. Tapi aku rasa faktor filem tu jugak la.. Selalunya kalau ajak tengok wayang mesti mak aku cakap "beli cd dah la. tengok kt rumah" takpun "tengok kt astro first dah la". HAHA. Tapi hari ni aku macam terkejut sikit la. Nak pulak mak aku nak tengok wayang tengah2 malam. Aku mungkin taknak ikut sebab takde sape nak belanja aku, belanja diri sendiri. Lagipun aku dah tengok. Sedih filem ni. Mengalir air mata aku.. T__T


                                 Sediakan tisu sebelum hujan..hehe



Monday 5 December 2011

.Aku Lagi Bersedih.


Tiada apa yang perlu aku ungkapkan. Sekarang ni aku lagi bersedih bukan sebab cerita ombak rindu dan bukan sebab lagu sedih ezad lazim yang bertajuk percintaan ini tapi aku lagi bersedih sebab seseorang. 
Mungkin ini ujian dan dugaan dari yang Maha Esa.
Harap aku dapat jalani dengan tabah dan sabar.
InsyaAllah..