Tuesday 25 October 2011

Bila 3 Dara Pingitan Masuk Dapur

Assalammualaikum... Hai.. selamat menyambut hari depavali esok(bajet 1 malaysia konon).. Dah kata duduk kat negara malaysia yang berbilang kaum ni, mestilah kena 1 malaysia.kehkehkeh. Udah2. aku mau cerita tentang 3 dara pingitan ni masuk dapur. Dara2 yang terlibat adalah (Hamboihh..gerunnye ayat aku ) :-


1) Shazana Wahida iaitu aku sendiri
2) Dhieya agafera iaitu sepupu aku
3) Lidiana Nur izzati a.k.a lady gaga iaitu sepupu aku jgk.


Ok, pada hari sabtu lepas aku dan sepupu2 aku  ni lepak kat uma si lidiana ni. Tak plan pun nak memasak kt umah die, tapi masa tu perut masing2 berkeroncong la pulak. So secara tidak langsung kteorang pergi kedai beli tempe dan ikan bilis. Masing-masing akan masak 1 lauk. Kak yong (dhieya) akan masak sambal ikan bilis, aku akan masak tempe goreng kunyit campur dgn bawang goreng dan diana akan masak telur goreng (masakan yang paling simple sekali) itu je yang die tahu buat selebihnye die suke tidur.kehkehkeh.(jgn marah yea).


Meh aku selitkan gambar bersungguh2 mereka memasak.


Tengok bersungguh2 dorg blender cili untuk buat sambal ikan bilis. haha. nak blender pun kena 2 orang.

Tak habih2 nak pegang blender. haha. Blender je dah setengah jam. Itu lah anak dara memasak.



Untuk aku punye part, takde gambar sebab masing2 sibuk memasak menu masing2. Yang pasti gambar2 makanan yang dah siap dimasak tak sempat nak snap sebab semua dah kebuluq.. Tapi memasak ramai2 memang best walaupun lauk biasa2 jer.. 

Friday 21 October 2011

Line internet kembali sihat

Assalammmualaikum... Lama rasanya tak update blog semenjak line internet di office buat hal. Korang perasan tak, selepas je aku update blog hari ahad tu terus esok dah takde line. Pelik betul. Aku kan cakap yang aku online pakai line internet office je, tengok2 esok line takde. Adakah bos aku ada baca blog aku?(takde keje bos aku nak bace. Beliau kan busy dengan projek2 baru dapat ni.).

Dan akhirnya, hari ini line internet aku dah kembali pulih.. Yela, banyak jugak kerja-kerja aku ni memerlukan internet. Kalau takde internet susah nak buat kerja (padahal sibuk nak tengok status fesbuk boyfriend & kawan2.. poodaahhh!! kerja konon.)kahkahkah.. Dan bila internet sudah ada, kita seharusnya menjalankan tanggungjawab untuk mengupdate blog.. Sudah lama tak menjeguk blog sendiri. Sekarang boleh la tengok puas2 blog sendiri. Selamat mengonline wahai warga-warga teamcoat.

Saturday 15 October 2011

La la la.. Hari Ahad Kerja

Assalammualaikum.. Salam Petang Ahad.. Pelik bukan aku update blog hari ahad ? Yela, aku ni bukan nya ada berukband  broadband celcom or maxis or digi or broadband yang sewaktu dengan nya. Hanya tahu online menggunakan line di office itu adalah perlu, sebab tak perlu bayar tiap2 bulan hanya pakai free sahaja. Bagus kan? Sangat jimat kan? Itu adalah satu penyebab utama untuk aku potong line berukband broadband celcom aku yang agak lembap kalau online di tengah2 bukit di kawasan rumah aku. Hamboihh.. panjang betul mukadhimah aku ni. 


Sebenarnya aku nak bagi tahu korang yang aku sekarang ni TENGAH KERJA!!.. 
La la la
Hari hari kerja
La la la
Bosan dengan kerja
La la la
hidup harus kerja... kerja...
Ok, layan sebentar lagu jumpa pakcik hussien Meet Uncle Hussein. Nanti aku dah siap kerja, aku upate blog seterusnya. Tapi kasi siap kerja dulu aku taknak makan gaji rabun buta.


Wednesday 12 October 2011

Wordless Wednesday


Hari ini sakit perut yang teramat sangat, tapi still pergi site tengok najis2 yang tersumbat dalam sistem pembentungan.. Sadiskan?..


Wednesday 5 October 2011

Wordless Wednesday


                Lenguh-lenguh badan. Terasa mahu ke spa tapi duit takde.